Perarakan LGBT menghairankan haiwan: mufti
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas tindakan pihak tertentu menyalahgunakan himpunan hak wanita untuk membawa isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), menyifatkannya sebagai tindakan yang menghairankan haiwan.
Beliau berkata manusia biasanya melaungkan perasaan tidak puas hati apabila hak yang diberikan tuhan dicabuli, tetapi golongan terbabit bertindak sebaliknya.
Menerusi catatan di facebook miliknya, beliau berkata amat malang bagi golongan songsang, yang berhimpun dan menjerit menuntut supaya kesongsangan hidup mereka diiktiraf.
Sedangkan mereka bukan sahaja mendedahkan keaiban diri mereka bahkan mendedahkan betapa mereka itu ‘cacat’ mencacatkan fitrah.
Pada Sabtu lalu, perarakan “Hentikan Keganasan, Hormati Perempuan” dari kompleks beli belah Sogo hingga ke jambatan “River of Life” berdekatan Dataran Merdeka, didakwa disertai penyokong LGBT yang melaungkan slogan berkaitan dan membawa bendera pelangi.
Wanita ditahan buang bayi dalam mangkuk tandas
Seorang wanita ditahan polis selepas dipercayai cuba membuang bayi lelakinya di dalam mangkuk tandas di Hospital Selayang, semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, perbuatan itu disedari seorang pekerja kilang berusia 39 tahun ketika dia berada dalam tandas berkenaan kira-kira pukul 3 petang.
Bayi berkenaan kini dirawat di zon merah Hospital Selayang dan keadaannya stabil,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Menurut Samsor, suspek ditahan selepas dibawa oleh pengawal keselamatan ke zon merah hospital tersebut namun masih enggan memberi kerjasama ketika diambil keterangan.
Statut Rome: Kedudukan Yang di-Pertuan Agong tidak terjejas
Keputusan kerajaan untuk menyertai Statut Rome adalah selari dengan dasar kerajaan ‘Malaysia Baharu’ yang menegakkan prinsip kebenaran, hak-hak kemanusiaan, kedaulatan undang-undang,
keadilan, tadbir urus yang baik, integriti dan kebertanggungjawaban.
Wisma Putra menegaskan, kerajaan telah mengkaji secara mendalam dan teliti dari segi semua aspek sebelum membuat keputusan untuk menyertai Statut Rome.
Menurut Wisma Putra, Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong membuat sesuatu keputusan di atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.
Tambahnya, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah juga telah menyembahmaklum perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong dan memberi penerangan tentang hasrat kerajaan untuk menyertai Statut Rome pada 15 Februari 2019.
Bersatu Sabah dijangka lancar 6 April
Bersatu dijangka dilancarkan di Sabah pada 6 April ini di Padang Merdeka, kata Adun Sulaman, Hajiji Noor.
Baru-baru ini, akaun Facebook yang menggunakan nama Hajiji Liker memuat naik gambar Hajiji dan Adun Karanaan, Datuk Masidi Manjun bersama Muhyiddin serta beberapa individu lain dipercayai selepas menghadiri mesyuarat mengenai pelancaran Bersatu Sabah di Kuala Lumpur.
Facebook itu turut menyatakan Hajiji sebagai pengerusi jawatankuasa penaja PPBM Sabah.
Pada 15 Februari lalu, Dr Mahathir mengumumkan Bersatu akan melebarkan sayapnya ke Sabah selepas perkara itu dipersetujui oleh pucuk pimpinan tertinggi parti.
Ethiopian Airlines yang terhempas model pesawat sama nahas Lion Air
Pesawat penumpang Ethiopian Airlines yang dalam penerbangan ke Nairobi terhempas ketika beberapa minit berlepas.
Insiden yang mengorbankan kesemua 157 orang penumpang itu mencetuskan persoalan tentang keselamatan pesawat Boeing 737 MAX 8 yang digunakan ketika nahas berlaku.
Pesawat itu juga menggunakan model kapal terbang yang sama dalam insiden di Indonesia pada 29 Oktober tahun lalu.
Dalam kejadian tersebut, pesawat milik Lion Air itu terhempas di perairan Indonesia dan mengorbankan 189 orang penumpang.