Isu semasa dan lifestyle kini boleh anda tonton di hujung jari menerusi Sinar.TV.
Sinar.TV menyajikan kandungan isu semasa terkini telus dan tulus selari dengan paparan akhbar Sinar Harian. Diskusi yang meliputi paparan perdebatan isu semasa serta program wacana ilmu yang disampaikan secara santun dan penuh toleransi juga disajikan buat tontonan anda.
Segmen lifestyle pula menampilkan kecenderungan khalayak terhadap dunia automotif, masakan, dekorasi, memancing dan sebagainya yang selama ini mengisi segmen-segmen utama di dalam majalah terbitan Kumpulan Media Karangkraf seperti majalah RASA, Media Hiburan, Umpan dan sebagainya juga disediakan untuk anda. Setiap program digarap dengan penuh teliti dan tidak klise dengan program sedia ada bagi memenuhi cita rasa anda.
Bicara agamanya pula lebih mengutarakan kehendak khalayak semasa yang disampaikan secara santai, ringkas, tepat dan padat oleh tokoh-tokoh ilmuan serta penceramah terkenal tidak kira dari dalam ataupun luar negara.
Program Sinar.TV boleh ditonton menerusi variasi saluran termasuklah televisyen pintar, laman web, telefon pintar dan juga tablet.
Melihat dengan intuisi, berfikir dengan iltizam, mendengar dengan minda dan menghayati sepenuh jiwa….
Hubungi Kami
Sinar.TV
Sinar Karangkraf Sdn Bhd,
No. 3, Jln Renggam 15/5,
Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Selangor.
Telefon : 03-51013866
Laman Web: www.sinar.tv
YouTube : https://www.youtube.com/user/SinarHarianWebTV
Instagram: https://instagram.com/sinar.tv/
Facebook : https://www.facebook.com/sinar.tv
Tweeter : https://twitter.com/sinar_tv