Seorang wanita trauma apabila mendapati bau daging hangit ketika membuat sarapan sebenarnya seekor ular yang dimasak hidup-hidup selepas reptilia itu masuk ke dalam pembakar rotinya di Brisbane, Australia.
Salleena Davis, 24, berkata, dia sedang memanaskan mufin dalam pembakar rotinya namun terdengar bunyi berdesir seperti daging masak, dan menjerit apabila mendapati seekor ular berada di dalam pembakar roti itu.
Menurutnya, bunyi pelik itu muncul selepas 10 saat menyalakan alat pembakar itu dan dia terkejut melihat seekor ular bergerak di dalamnya.
Beliau yang takut dengan ular terus menjerit sekuat hati sebelum suaminya datang membantu.
Bagaimanapun, ular itu dilepaskan berikutan masih hidup.
Salleena berkata, dia trauma dengan kejadian itu dan tidak akan menggunakan alat pembakar roti berkenaan.