1. Terlalu ramai orang bodoh di sekeliling: Tun Daim
Ramai terpengaruh dengan isu berkaitan agama dan perkauman yang dimanipulasikan oleh pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata, tindakan pembangkang itu memang telah dijangka, justeru beliau berharap supaya orang Melayu khususnya berfikir secara rasional dan bukannya terpengaruh dengan isu-isu sedemikian.
Kata beliau yang juga bekas Menteri Kewangan, hal ini berikutan sokongan orang Melayu itu sudah berpecah kepada lima haluan antara Pas, UMNO, Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Jelasnya, antara isu bersifat perkauman yang dibangkitkan adalah Kementerian Kewangan yang dipimpin oleh menterinya, Lim Guan Eng dan pengambilalihan aset Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).
“Hanya orang bodoh yang percaya perkara-perkara sedemikian, dan beliau mengataka, terlalu ramai orang bodoh di sekeliling,” katanya dalam wawancara bersama This Week in Asia oleh South China Morning Post, Khamis lalu.
2. Peraturan baharu cermin gelap kenderaan diumum hari ini: Loke
Peraturan baharu mengenai penggunaan cermin gelap kenderaan akan diumum hari ini, dalam satu sidang media selepas mesyuarat bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
Loke berkata, sesiapa yang ingin mendapat pengecualian untuk menggunakan cermin gelap memerlukan surat kebenaran daripada Ketua Pengarah JPJ dan bayaran tambahan juga akan dikenakan.
“Mana-mana pihak yang ingin mendapatkan pengecualian mesti ada alasan atas isu keselamatan atau kesihatan.
“Tetapi beliau menjelaskan, jangan ada mana-mana pihak yang salah faham bahawa akan dikenakan caj kepada semua orang. Kalau mengikut peraturan yang ditetapkan, tidak ada bayaran kepada kerajaan, bayaran hanya dikenakan kepada mereka yang minta pengecualian terhadap peraturan itu sahaja,” katanya
3. Mahathir enggan rombak Kabinet
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam mengulangi bahawa beliau tidak akan merombak Kabinetnya dan memberi sokongan 100 peratus kepada pasukannya.
“Mereka menunjukkan prestasi yang baik, tiada sebab untuk beliau merombak Kabinet,” katanya.
Bercakap pada sidang akhbar khas sempena ulang tahun pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH), Perdana Menteri mengakui kebanyakan menterinya orang baharu dan kurang berpengalaman ketika mereka mula-mula dilantik ke jawatan masing-masing.
“Tambahan pula, mereka sangat takut dituduh melakukan kesalahan. Ini menyebabkan mereka sukar hendak membuat keputusan tetapi mereka cepat belajar,” kata Dr. Mahathir.
Apabila diminta memberi penilaian terhadap prestasi para menterinya, Dr. Mahathir berkata, beliau memberi mereka 5 markah daripada 10 kerana beliau sangat konservatif.
4. Angka kematian serangan Israel meningkat 27 orang
Kementerian Kesihatan Palestin berkata, jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Semenanjung Gaza meningkat, kepada 27 orang.
Semalam, dua lagi mayat ditemui di bawah sisa runtuhan bangunan yang musnah sama sekali, akibat dibedil jet Israel di utara Bandar Gaza.
Mangsa dikenal pasti sebagai pasangan suami isteri, Talal Abu al-Jidian, 48, dan Raghda Mohammed Abu al-Jidian, 40.
Anak lelaki pasangan terbabit, Abdul Rahman al-Jidian, 12, turut terkorban dalam serangan itu dan mayatnya ditemui beberapa jam lebih awal.
Sementara itu, pihak berkuasa Gaza memaklumkan dua wanita sarat mengandung dan dua bayi turut menjadi mangsa serangan udara Israel sejak Jumaat lalu.
Tambahnya, lebih 150 orang lagi cedera.
5. Amaran kehadiran Asteroid Apophis pada 13 April 2029
Asteroid yang dikenali sebagai 99942 Apophis dijangka melintasi bumi pada 13 April 2029.
Memiliki saiz kelebaran 340 meter, saintis menganggap kemunculan asteroid itu sebagai peluang menakjubkan untuk dunia sains.
Ia dijangka tidak akan menghempas bumi sebaliknya hanya melewati dari jarak 31,000 kilometer.
Pada 30 April lalu, sekumpulan saintis sekali lagi berbincang mengenai kehadiran asteroid berkenaan dan jarang sekali asteroid bersaiz sedemikian melintasi bumi pada jarak yang dekat.
Perkiraan terkini menunjukkan ia mempunyai peratus yang kecil untuk menghempap bumi.