1. Alasan utama kahwin di Thailand
Bernama melaporkan kes pasangan dari Kedah yang bernikah tanpa kebenaran pihak berkuasa agama negeri, di Thailand dilihat terus meningkat hingga kepada 799 kes tahun lalu daripada 566 kes pada 2017.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Datuk Dr Ismail Salleh yang menyatakan bahawa jumlah itu merangkumi kesalahan pernikahan dan berpoligami tanpa kebenaran.
Halangan daripada keluarga atau isteri pertama menjadi penyebab utama sebilangan warga Malaysia bernikah di luar negeri terutama Selatan Thai.
Tinjauan mendapati sekalipun ada halangan seumpama itu, jumlah rakyat negara ini yang menjalani pernikahan di selatan Thailand terus meningkat.
2. Kerajaan ganda usaha, selesai isu membelenggu rakyat
Kerajaan akan segera mengambil inisiatif untuk meringankan beban ekonomi rakyat, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamaed Azmin Ali.
Mohamed Azmin yang juga anggota Majlis Tindakan Ekonomi dalam kenyataanya berkata, majlis tersebut akan segera melaksanakan usaha mengurangkan kos sara hidup, memperkukuhkan pendapatan rakyat, membasmi kemiskinan, dan meningkatkan tahap pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.
Mohamad Azmin berkata, keputusan PRK Dun Semenyih merupakan mesej jelas daripada rakyat yang menuntut karajaan Pakatan Harapan segera bertindak menyelesaikan masalah dan kebajikan rakyat tanpa perlu menyalahkan mana-mana pihak.
3. Tunjuk hasil buluh, nanas sebelum lupakan kelapa sawit
Kerajaan digesa melaksanakan tanaman baharu yang berpotensi menggantikan kelapa sawit sebelum cadangan itu disarankan kepada golongan pekebun.
Pengerusi Pertubuhan Suara Generasi ke-2 Felda (SGK2F), Mohd Stap Othman berkata, Kementerian Industri Utama seharusnya mengadakan perbincangan bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas tani supaya cadangan menanam tanaman lain dapat direalisasikan sekali gus menjadi panduan kepada rakyat.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyaan Menteri Industri Utama, Teresa kok Suh Sim yang mencadangkan pekebun kecil beralih kepada tanaman baharu seperti kelapa, nanas dan buluh.
4. Serpihan pesawat MH370 dipamerkan kepada awam
Buat julung kalinya, dua serpihan pesawat Malaysia Airlines MH370, dipamerkan kepada orang ramai di pusat membeli-belah Publika di sini pada Ahad
Dua serpihan iaitu kelepak dan sayap berkenaan dipamerkan sempena ulang tahun kelima Memperingati MH370 selepas kehilangan tragis pesawat itu dari skrin radar, lima tahun yang lalu.
Sehingga sekarang, hanya tiga serpihan sayap yang dikenali sebagai flaperon, telah disahkan milik pesawat Penerbangan MH370 yang hilang secara misteri dari skrin radar, ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 yang membawa 239 penumpang.
5. Juventus makin hampir juarai Serie A
Juventus semakin hampir untuk meraih gelaran juara Serie A Itali selepas menewaskan pencabar terdekat, Napoli 2-1 dalam aksi domestik di laman lawan awal hari ini.
Walaupun kedua-dua pasukan terpaksa bermain 10 orang kerana layangan kad merah, ia tidak menjejaskan tumpuan Juventus yang memperoleh gol menerusi Miralem Pjanic dan Emre Can.
Dengan kemenangan itu, Juventus sebagai pendahulu liga kini 16 mata di depan Napoli di tangga kedua, satu kelebihan yang boleh dianggap sudah berada sebelah kaki untuk merangkul kejuaraan Serie A musim ini.