Saya tak perlukan sokongan Pas: Mahathir
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau tidak memerlukan sokongan Pas untuk kekal sebagai pemimpin nombor satu negara.
Tegasnya, memadai buat beliau dengan sokongan lebih 50 peratus wakil rakyat daripada Pakatan Harapan.
Sementara itu, Dr Mahathir secara sinis turut mengingatkan Pas untuk tidak mencanang sokongan parti itu terhadap beliau.
Terdahulu, Pas menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Dr Mahathir untuk kekal memegang jawatan sebagai Perdana Menteri yang mendedahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama DAP dalang untuk menjatuhkannya.
Dana RM90 juta: SPRM belum dapat maklumat penuh- Mahathir
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mungkin belum mendapat maklumat sepenuhnya berhubung ketiadaan wang yang dikaitkan dengan 1MDB sebanyak RM90 juta yang masuk ke dalam akaun parti itu.
Beliau berkata SPRM memerlukan masa untuk menyiasat perkara itu, selain banyak lagi kecurian wang oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memerlukan masa untuk disiasat suruhanjaya itu.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dilapor berkata siasatan setakat ini tidak menemui sebarang kemasukan dana 1MDB ke dalam akaun PAS.
SPRM menyoal beberapa individu dalam siasatannya termasuk Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa selain bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa.
Inkues Adib: Muhammad Adib akui dipukul
Anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim pernah mengakui dia dipukul dalam insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman USJ, November lalu.
Perkara itu didedahkan oleh Perunding Kanan Pakar Pembedahan Kardiotorasik Institusi Jantung Negara (IJN) Datuk Dr Mohamed Ezani Taib pada prosiding hari kelapan Inkues Kematian Muhammad Adib di Mahkamah Koroner, hari ini.
Mohamed Ezani berkata, Muhammad Adib mengangguk ketika menjawab soalan salah seorang pasukan perubatan yang memantau dan merawat anggota bomba itu di IJN.
Katanya, Muhammad Adib tidak dapat bercakap kerana mempunyai tiub di dalam mulutnya dan hanya berkomunikasi dengan bahasa isyarat serta menulis.
Mohamed Ezani, merupakan saksi ke 14 inkuiri tersebut dan berlangsung dihadapan Koroner, Rofiah Mohamad.
KKM: Gerakan anti-vaksin punca tahap imunisasi negara merosot
Gerakan anti-vaksin dilihat sebagai faktor utama tahap imunisasi negara merosot, malah menyukarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewajibkan pengambilan vaksin terhadap kanak-kanak di negara ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kes difteria yang dilaporkan di Johor akibat tidak mengambil vaksin sepatutnya membuka mata ramai pihak.
Pengambilan vaksin merosot sejak beberapa tahun lalu, apabila kita tidak mencapai 95% imunisasi.
Bagaimanapun kata Dr Dzulkefly, KKM tidak mahu bersikap mahu menghukum tetapi mengambil pendekatan mendidik masyarakat.
Gelombang haba dijangka cecah 36.9 darjah celcius
Status gelombang haba di Semenanjung Malaysia dijangka mencecah sehingga 36.9 darjah celcius.
Berdasarkan kemaskini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, 10 kawasan berada pada tahap satu, iaitu berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian 35 darjah celcius hingga 36.9 darjah celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Kawasan yang disenaraikan adalah Chuping, Perlis; Kubang Pasu, Kota Setar dan Sik (Kedah); di Perak pula meliputi Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta.
Turut tersenarai Maran, Pahang; Kepong (Kuala Lumpur) dan Muar (Johor).