Desas-desus mengenai rombakan Kabinet kembali diperkatakan apabila dua akhbar berbahasa Cina melaporkan tentang perkara tersebut.
Oriental Daily dan Sinchew Daily – mendakwa dalam rombakan itu, bekas menteri Umno yang telah menyertai Bersatu Datuk Seri Mustapa Mohamed “hampir pasti” menyertai kabinet.
Akhbar itu mendakwa Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan menyertai Kabinet.
Bagaimanapun, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, tiada perbincangan mengenai rombakan Kabinet disentuh dalam mesyuarat mingguan itu.
Menurut Guan Eng, mesyuarat Kabinet dan pertemuan pemimpin komponen Pakatan Harapan (PH) dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam hanya membincangkan soal berkaitan urusan kerajaan.
Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Rosli Husain, 54, berkata, dana berkenaan dimasukkan ke dalam akaun bekas perdana menteri itu yang bernombor akhir 694.
Rosli berkata, demikian ketika disoal peguam Harvinderjit Singh pada hari ke-56 perbicaraan kes Najib yang menghadapi tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pegawai bank, dalam satu kemalangan berhampiran persimpangan Southville City, Kajang, dua minggu lalu.
Yew Wei Liang, 41, mengangguk faham pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.
Bagaimanapun pengakuan tidak direkodkan kerana ia bidang kuasa mahkamah tinggi.
Mengikut pertuduhan, lelaki yang bekerja dalam bidang IT itu didakwa membunuh Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 28, di kilometer 293.6 Lebuh Raya Utara- Selatan (PLUS) arah Kuala Lumpur- Seremban) pada 10 Ogos 2019 antara jam 1 petang hingga 2 petang.
Biro Politik PKR memberitahu, buat masa ini parti belum mengeluarkan sebarang surat peringatan kepada Timbalan Presiden PKR.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kassim berkata, setakat ini belum ada apa-apa keputusan atau tindakan disiplin terhadap Timbalan Presiden PKR yang tidak menghadiri mesyuarat.
Ahmad berkata, setakat ini biro politik parti berpuas hati dengan penjelasan Amirudin dan Farhash yang telah memberi penjelasan dan memohon maaf.
Pakar sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, alasan dangkal seperti lupa cara pasang, tersalah pasang atau dipasang oleh warga asing itu tidak rasional untuk diterima memandangkan Malaysia sudah merdeka 62 tahun.
Menurutnya, bendera adalah tentang maruah, kedaulatan dan imej negara dan sekiranya dipasang terbalik, ia suatu penghinaan dan penderhakaan kepada kedaulatan negara kita Malaysia.