1. Pas kotakan janji sokong PM jika berlaku undi tidak percaya: Hadi
Pas menegaskan akan mengotakan janji memberi sokongan kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri itu benar-benar berlaku.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, meskipun Pas di pihak pembangkang sokongan diberikan kepada Dr Mahathir demi meneruskan kepimpinan Islam dalam kerajaan.
Katanya Hadi, “Kita mempunyai maklumat (undi tidak percaya kepada perdana menteri) sebab itulah kita memberikan sokongan kepada Perdana Menteri.
2. Kes SRC International-Najib dipindahkan ke mahkamah tinggi
Mahkamah Seksyen hari ini diberitahu bahawa kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan 3 pertuduhan tambahan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdb Bhd berjumlah RM27Juta, telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup memaklumkan perkara itu ketika sebutan kes di hadapan Hakin Azura Alwi, yang turut dihadiri peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Najib.
Manoj berkata, pada 11 Februari lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah membenarkan permohonan pendakwaan supaya kes yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu dipindahkan daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun, tarikh sebutan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi masih belum ditetapkan.
3. Remaja maut tercucuk buluh di leher
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas tertusuk buluh di bahagian leher kanan dalam kejadian di Kampung Kok Kiok, Bukit Bakar, hari ini.
Dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa, Mohd Asri Azman, 17, yang membonceng motosikal maut di lokasi kejadian akibat pendarahan teruk.
Ketika kejadian, motosikal berkenaan dipandu sepupunya, Mohd Fitri Rosdi, 18, dalam perjalanan bersiar-siar di kawasan kampung bersama seorang lagi sepupu mereka yang menunggang motosikal lain.
Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal dari arah bertentangan ditunggang seorang lelaki yang membawa sebatang buluh yang diletakkan di bahu, sebelum tertusuk di leher mangsa.
Mohd Fitri berkata, mereka cuba mengelak daripada terkena buluh itu, tetapi tidak sangka buluh berkenaan terkena bahagian leher kanan sepupunya.
4. Selepas 27 tahun, Sudirman Haji Arshad terus dirindui
Hari ini 22 Februari pada tahun 1992, Datuk Sudirman Haji Arshad meninggal dunia ketika berusia 37 tahun.
Walaupun sudah 27 tahun berlalu, namun kehilangan seniman bertubuh kecil itu masih dirasai kerana personaliti menawan yang dimilikinya selain kecintaan pada seni mengatasi kegembiraan diri sendiri.
Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri atau sambutan Hari Kemerdekaan negara, lagu-lagu nyanyian Allahyarham Sudirman akan kerap kedengaran.
Dari Jauh Ku Pohon Maaf, Tanggal 31 Ogos, Merisik Khabar, Salam Terakhir dan Pelangi Petang antara lagu yang sangat mesra dalam kalangan peminatnya.
Banyak anugerah dirangkul Allahyarham Sudirman sepanjang kerjaya seninya.
Kejayaan paling kemuncak tentu sekali Anugerah Penghibur Terbaik Asia di Asian Popular Music Awards yang berlangsung di Royal Albert Hall, London pada 1989.
5. Jelajah Siti Nurhaliza on Tour bermula di Jakarta
Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza membuka tirai pentas jelajah tiga negara Asianya di Jakarta, Indonesia, pada Khamis malam.
Kira-kira 3,000 peminat dari dalam dan luar republik itu tidak ketinggalan untuk menyaksikan Konsert Siti Nurhaliza on Tour di Istora Senayan Jakarta.
Malah ramai juga Sitizoners dari Malaysia, Singapura dan Brunei terbang ke Jakarta khas untuk menonton penyanyi kegemaran mereka beraksi di pentas Indonesia.
Jelajahnya kali ini menterjemahkan perjalanan muzik beliau yang mengimbas memori dan kenangan sejak awal kariernya pada awal 90-an.