“Kita harus meletakkan sepenuhnya keyakinan kepada Allah dan mendekatkan diri kepada Allah serta pelihara hubungan dengan Allah,” antara pesan ibu yang sentiasa diingati Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki (Hal Ehwal Agama) dalam menjalani kehidupan seharian.
#CeritaNgaji mengangkat kisah insan-insan terpilih yang mendekatkan diri dengan Al Quran dan pengaruh Al Quran mengubah kehidupan mereka. #CeritaNgaji diinspirasikan daripada Rumah Ngaji iaitu tempat pengajian Al-Quran secara PERCUMA dan boleh ditubuhkan di mana-mana. Fokus utama adalah melahirkan masyarakat yang menghargai al-Quran dengan membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran.