1. Husam cadang Muhyiddin sebagai TPM
Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa merasakan individu yang layak diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, gandingan Muhyiddin bersama Anwar sebagai timbal balas kesudian Tun Dr Mahathir mengambil pemimpin bukan daripada Bersatu iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Kata Husam, jika Muhyiddin, pasti ia akan menjadi satu kombinasi yang boleh mengamankan peralihan kuasa. Dari segi senioriti jawatan, Muhyiddin sangat layak, Malah beliau juga seorang yang berpengalaman.
2. Saya tak bercita-cita tinggi jadi PM: Mukhriz
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, memaklumkan beliau tidak pernah bercita-cita tinggi untuk memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.
Beliau sebaliknya menyatakan kesediaan untuk menggalas tugas yang lebih besar dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan namun, tidak semestinya memegang jawatan nombor satu di negara.
Apabila khidmat beliau diperlukan oleh negara untuk memimpin di peringkat Persekutuan, beliau menyatakan bersedia dan mampu menggalas tanggungjawab berkenaan,” katanya dalam wawancara bersama Nikkei Asian Review baru-baru ini.
Dalam pada itu, Mukhriz yang merupakan Menteri Besar Kedah berkata, tiada garis masa tertentu yang dipersetujui bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3. Siti Kasim disaman RM2 juta, fitnah Firdaus Wong
Pendakwah Islam, Firdaus Wong Wai Hung mengemukan saman sebanyak RM2 juta ke atas peguam dan aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim pada Jumaat.
Dalam laman sosial Facebook peribadinya, Firdaus berkata, saman fitnah ke atas Siti Kasim dibuat kerana peguam kontroversi itu telah memfitnahnya dalam laman media sosial sama sebelum ini.
Ini bukan saman kerana Siti Kasim mencabar beliau berdebat, ini saman fitnah kedua beliau, selepas Arunakiri Nathan yang memfitnah nya sebelum ini. ‘kata Firdaus dalam facebook nya awal pagi Jumaat hari ini.
Atas nasihat peguam, saman fitnah RM2 juta difailkan terhadap Puan Siti Zabedah Kasim atas kenyataannya dalam Facebook yang berbaur fitnah terhadap nya.
4. Jambatan hubungkan Batam dan Bintan bakal di bina
Indonesia bercadang membina jambatan sepanjang tujuh kilometer menghubungkan dua pulau miliknya, di Selat Melaka.
Ia sebahagian usaha membangunkan industri dan pelancongan di kawasan itu.
Memetik laporan Reuters, jambatan yang menghubungkan Batam dan Bintan menelan belanja kira-kira RM1.1 bilion.
Menurut Pejabat Setiausaha Kabinet dalam satu kenyataan, pembinaan jambatan itu bertujuan memanfaatkan perluasan Lapangan Terbang Changi di Singapura dengan pembangunan terminal 5 baharu, yang akan mempunyai hubungan pengangkutan ke Bintan.
Pembinaan jambatan itu akan bermula pada tahun 2020 dan dijangka mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk disiapkan.
Sumber Video:
benankmerah.co
5. Konsert Siti pertama di Australia
Usaha Datuk Seri Siti Nurhaliza mengangkat industri hiburan tempatan ke persada antarabangsa, tidak pernah padam. Malah, Datuk Seri Siti, antara penyanyi yang sering mengadakan konsert, dalam negara mahupun luar negara.
Selepas kejayaan siri konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour di tiga lokasi di Kuala Lumpur, Jakarta dan Singapura, terbaharu Siti bakal muncul dalam konsert khas di Festival Theatre, Adelaide, Australia bersempena penganjuran OzAsia Festival pada 18 Oktober ini.
Lebih manis, persembahan berskala besar adalah yang pertama buat Siti di negara kanggaru itu.
Berita gembira itu dikongsikan Siti menerusi Instagram miliknya minggu lalu.