Keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Koroner untuk memulakan prosiding komital ( hina mahkamah) terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung punca kematian anggota bomba dan penyelamat Malaysia (JPBM).
Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan ex- parte (sebelah pihak) yang difailkan oleh ayah Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid.
Dalam keputusannya, Rofiah berkata, mahkamah mendapati wujud prima facie atas imbangan kebarangkalian.
Menurutnya, daripada dokumen yang difailkan oleh peguam keluarga Muhammad Adib, terdapat asas kebarangkalian bahawa berlaku satu tindakan yang dibuat oleh Tommy menjurus kepada penghinaan mahkamah.
Nooryana mendakwa arahan LHDN itu seolah-olah mahu mengenakannya kerana pendapatan yang dikenakan cukai oleh LHDN itu adalah wang hantaran dan juga hadiah daripada keluarga dan rakan-rakan serta nafkah pemberian suaminya, Daniyar Kessikbayev.
Dalam hal ini, Nooryana berkata beliau tidak menyalahkan kakitangan LHDN kerana tahu kedudukan mereka terikat dan sebenarnya ada ahli-ahli politik yang menjadi dalang di sebalik semua ini.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan tarikh hari itu selepas Peguam Negara Tommy Thomas secara rasmi menutup kes pendakwaan terhadap bekas Menteri Kewangan itu.
Najib menghadapi tujuh pertuduhan iaitu tiga pertuduhan pecah amanah, satu tuduhan penyalahgunaan kuasa dan tiga pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Sehubungan itu, pada tarikh tersebut mahkamah akan menentukan sama ada terdapat prima facie terhadap kes untuk Najib tampil membela diri ataupun beliau akan dibebaskan sekiranya pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap Ahli Parlimen Pekan itu.
Pas menuntut kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan polis memperincikan perkembangan siasatan kes yang melibatkan lima pemimpin DAP.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, banyak pihak telah membuat laporan polis, namun sehingga hari ini semua kes tersebut masih belum diputuskan.
Kata agensi tersebut, Jakim memberi pandangan dan nasihat mengenai kesesuaian waktu penganjuran konsert daripada sudut agama.
Jelas Jakim, Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara(PUSPAL) yang mempunyai kuasa mutlak untuk meluluskan atau sebaliknya berdasarkan peraturan dan undang-undang yang sedang berkuatkuasa.