[LIVE] Sindiket poligami: ‘Scam’ yang dah lama berleluasa
Tak berani berdepan isteri, lelaki sanggup kahwin lagi guna sindiket poligami! Paling tidak dapat diterima apabila tandatangan dan alamat isteri pertama dipalsukan selain dokumen-dokumen lain diseleweng. Siapakah dalang di sebalik scam yang telah sekian lama berleluasa ini? Apa nasib golongan isteri yang menjadi mangsa teraniaya? Pembongkaran dan persoalan bakal terjawab dalam Wacana Siri 223, 7 […]
[LIVE] Vaksin Covid-19: Suci & selamatkah?
Kita tertanya-tanya status vaksin Covid-19 yang bakal diterima negara Februari nanti. Soalan pertama adakah selamat? Dan yang kedua bagaimana dengan status halal? Itulah yang bermain dalam fikiran jutaan rakyat Malaysia. Ikuti Wacana Siri 222 SEKARANG di semua platform digital SINAR HARIAN. #wacanasinar #sinarharian #sinaruntukmalaysia
[LIVE] Pendedahan Scam Poligami
Benarkah ada tangan ghaib yang tersembunyi di sebalik scam poligami ini? Orang dalam? Bagaimana nasib isteri yang ditipu suami yang mahu berpoligami? Ikuti kupasannya malam ini bersama Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Dato’ Setia Dr Mohd Nai’M Mokhtar hanya di Sinar Live. #bukancakapkosong #SinarLive #SinarUntukMalaysia
[LIVE] Isu murtad: Mudahnya kita jatuhkan hukum?
Baru-baru ini rakyat gempar seketika dengan video tular perkahwinan seorang wanita Islam Malaysia dengan kapten pasukan hoki India yang didakwa mengikut ritual agama lain di negara itu. Walaupun sudah meminta maaf dan menerangkan keadaan sebenar, tindakan wanita berkenaan masih mengundang kejian dan kecaman masyarakat. Adakah begitu mudah untuk kita menjatuhkan hukum hanya berdasarkan khabar angin? […]
[LIVE] Cabaran Ekonomi Malaysia Siapa Jadi Mangsa?
Menutup tirai 2020, apakah yang boleh dirumuskan mengenai ekonomi Malaysia dan cabaran-cabaran untuk memastikan ‘poket’ rakyat sentiasa terisi? Kupasannya petang ini bersama Dato’ Dr Madeline Berma. Saksikan di semua platform Sinar Harian. #bukancakapkosong #SinarLive
[LIVE] Kanser Bukan Penamat Kehidupan
Kanser merupakan penyebab kematian kedua tertinggi di dunia pada tahun 2018 dengan menyumbang kepada 9.6 juta kematian di dunia dan 16,000 kematian di Malaysia. Terdapat peningkatan bilangan kes baharu kanser dikesan pada setiap tahun. Apakah yang boleh dilakukan untuk orang ramai faham kanser bukan penamat kehidupan. #bukancakapkosong #SinarLive
[LIVE] Isu kartel daging import: Korupsi sampai jejas halal?
Sejak 23 November lalu juga, setiap hari Sinar Harian membongkar satu demi satu isu ini dengan mendapatkan penjelasan ramai pihak. Namun masih tak nampak jalan penyelesaian – masyarakat semakin keliru, kerajaan masih membisu. Apa selepas pembongkaran hebat ini? Saksikan Wacana Siri 220 SEKARANG di semua platform media sosial kami:
[LIVE] Kisah Di Sebalik Pembongkaran Kartel Daging
Kisah kartel daging sememangnya tidak berkesudahan. Sinar Harian, merupakan media pertama yang melaporkan isu tersebut. Apakah di sebalik pembongkaran ini? #sinarlive #sinarharian #karteldaging #bukancakapkosong
[LIVE] Menjengah 2021: Ekonomi Malaysia dan nasib rakyat
Belanjawan 2021 memperuntukkan RM322.5 bilion secara keseluruhannya namun apa yang rakyat akan dapat? Tambahan dengan Covid-19 yang memberikan kesan secara langsung kepada sistem ekonomi negara dan dunia secara amnya. Bagaimana dengan persiapan kita pada tahun hadapan nanti? Ikuti Wacana Sinar bertajuk MENJENGAH 2021: EKONOMI MALAYSIA DAN NASIB RAKYAT malam ini 24 Disember 2020 (Khamis) jam […]
[LIVE] Politik Malaysia Makin Tenat?
Politik Malaysia sangat unik. Senario parti-parti politik yang ada hari ini sarat dengan kisah dan kontroversi. Tenatkah politik hari ini? #sinarlive #sinarharian #bukancakapkosong