Hukum ambil vaksin harus, wajib, walau ada kematian: Dr Zulkifli
BERITA SEMASA 24 JUN 2021 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata hukum pengambilan vaksin adalah harus, wajib, walaupun berlaku kes kematian. Muzik: www.bensound.com #BeritaSemasa #HukumVaksin #Kitalaluibersama #Sinarharian
36 pesakit Covid-19 sudah dirawat di Hospital Medan Johor Bahru
BERITA SEMASA 26 JUN 2021 Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru telah merawat 36 pesakit Covid-19 kategori 3 dan 4 sejak mula beroperasi pada 21 Jun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Farah Shazwani Ali. Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #Covid19 #Hospitalmedan
Bas diiubah suai jadi PPV bergerak
BERITA SEMASA 26 JUN 2021 Sebuah bas diubah suai menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak akan ke kawasan pedalaman di daerah ini bagi memudahkan warga emas di Jelebu mendapat suntikan vaksin Covid-19 bermula 12 Julai kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah , Anthony Loke Siew Fook., lapor wartawan SInar Harian Norafidah Assan. Muzik: www.bensound.com […]
UMNO perlu segera umum tarikh pemilihan parti: Mohd Irwan
BERITA SEMASA 23 JUN 2021 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Zahid dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO perlu segera mengadakan mesyuarat dan mengumumkan keputusan berhubung pemilihan parti serta menyelesaikan segala isu berbangkit. Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #UMNO #politik
Nasi berlauk janda hanya RM1.50
BERITA SEMASA 23 JUN 2021 Seorang janda dari Kampung Alor Tar, Tumpat membantu meringankan beban penduduk setempat dengan menjual nasi berlauk pada harga RM1.50 sebungkus, lapor Wartawan Sinar Harian Kelantan, Hazelen Liana Kamarudin. Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #Kelantan #NasiBerlauk #Viral
Ribuan Pati serah diri
BERITA SEMASA 22 JUN 2021 Seramai 3,138 pendatang asing tanpa izin menyerah diri kepada agensi penguatkuasaan di seluruh negara sekali gus membuktikan operasi Jabatan Imigresen Malaysia memberi tekanan kepada mereka, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. #SinarHarian #BeritaSemasa #Pati #Imigresen
Hamzah beri amaran keras kepada nelayan Langkawi
BERITA SEMASA 22 JUN 2021 Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin memberi amaran keras kepada nelayan di Langkawi yang cuba tali barut siniket penyeludupan pendatang asing tanpa izin, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #Seludup #nelayan #Langkawi
Strategi saringan Covid-19 KKM lapuk: Anwar
BERITA SEMASA 22 JUN 2021 Kementerian Kesihatan terus menggunapakai strategi lapuk terutamanya dalam hal ujian saringan COVID-19 yang rendah, dakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #Covid19 #KKM #AnwarIbrahim
Wanita maki polis di SJR ditahan
BERITA SEMASA 21 JUN 2021 Wanita yang bertindak mengherdik anggota polis di sekatan jalan raya Jalan Kapayan hingga videonya tular baru-baru ini ditahan polis di kediamannya di sebuah kondominium di Jalan Lintas, Kota Kinabalu pada Ahad. Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #SJR #Maki #PDRM #Viral
Durian ‘COD’ laris
BERITA SEMASA 21 JUN 2021 Lebih 250 kilogram durian kampung akan dihantar secara cash on delivery (COD) dari kebun durian di Kampung Air Putih Pekan Nanas oleh pemiliknya Abdul Hadi Ahmad Sani kepada pelanggan di sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang, lapor wartawan Sinar Harian Nor Azura Md Amin Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #durian #COD