Kami memberi kisah ini dengan kebenaran, merekalah pemuda yang beriman dan kepada Tuhannya dan kami tambahkan kepada mereka.
Tuan-tuan sekalian, apakah point penting tentang pemuda ini? Mereka beriman, apakah kesan mereka beriman? Allah tambah hidayah, dua perkataan ini iman dan hidayah amat penting di akhir zaman.
Ada sesetengah menyatakan bahawa kalau saya ingin mendapat hidayah, apa yang saya perlu buat?
Adakah saya kena pergi ke Mesir? Belajar bahasa arab lepas itu belajar agama, hafaz al-quran. Sebenarnya tuan-tuan, jawapannya tadi fityatun aamanu. Beriman, percaya pada Allah, ya Allah aku percaya engkau boleh bantu aku ya Allah. Aku percaya kau boleh tolong aku ya Allah. Selalu percaya, inshaAllah kita akan terus diberi hidayah.