Comeynya Ugama #07 – ‘Keyboard Warrior’
“Sesiapa yang menasihati saudaranya secara bersendirian, perbuatannya itu adalah nasihat. Sementara sesiapa yang menasihati saudaranya dihadapan manusia, sesungguhnya itu telah mencelanya”. Ikuti kupasan berkaitan dengan tajuk episod ini, “KEYBOARD WARRIOR”. Comeynya Ugama adalah program bicara agama yang dicetuskan oleh Majalah-I dan direalisasikan oleh Jauhari ini disampaikan secara santai oleh Ustaz Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil […]
Comeynya Ugama #08 – Ustaz & Ustazah Ekspres
Ketika ini kita lihat ramai di kalangan artis berhijrah daripada kehidupan lama mereka kepada kehidupan baru. Maka kerana penghijrahan mereka itu wujudlah istilah ustaz dan ustazah ekspres kerana kata-kata serta perbuatan mereka kini mampu mempengaruhi serta mendakwahkan orang ramai. Ikuti kupasan serba ringkas dan padat berkenaan tajuk Ustaz & Ustazah Ekspres. Comeynya Ugama adalah program […]
Comeynya Ugama #09 – Hantaran & Mas Kahwin
Tiada nas daripada al-Quran mahupun Hadis menetapkan kewajipan memberi wang hantaran dalam majlis perkahwinan. Apa diwajibkan dalam Islam adalah mas kahwin atau mahar dan ternyata wang hantaran dan mas kahwin adalah dua perkara berbeza. Ikuti kupasan serba ringkas dan padat berkenaan tajuk Hantaran & Mas Kahwin. Comeynya Ugama adalah program bicara agama yang dicetuskan oleh […]
#KITAKANISLAM DI KAMPUNG MANJOR
Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) dengan sokongan Kumpulan Media Karangkraf, Sinar Harian, Astro Oasis dan stesen radio THR Gegar bersama-sama berganding bahu membangunkan semula institusi masjid yang terjejas teruk akibat banjir dalam kempen #KITAKANISLAM – Buat Kerana Allah. Masjid Aur Gading di Kampung Manjor, Kuala Krai Kelantan adalah masjid ketiga dipilih dalam kempen #KITAKANISLAM selepas […]
Spatah Selidah :”Political Donation” Bukan Rasuah?
Tahun ini tahun kelima warga kerja Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tertakluk kepada pelaksanaan Ujian Integriti. SPRM melihat ujian integriti menjadi asas kepada penerusan membudayakan amalan positif dan murni secara menyeluruh bagi membolehkan SPRM merealisasikan aspirasinya. Tahun ini juga adalah tahun ketujuh SPRM dibentuk menggantikan Badan Pencegah Rasuah. Entiti baru sebagai entiti bebas di mana […]
Sakit, boleh ke puasa?
“Saya tak puasa sebab sakit,” – antara jawapan yang sering didengar jika diajukan kepada seseorang yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan. Namun timbul persoalan, sakit yang bagaimanakah membolehkan seseorang itu berbuka puasa? Teruskan bersama ustaz Amiro dalam Comeynya Agama Istimewa Ramadan episod ini. Comeynya Agama adalah program bicara agama yang disampaikan secara santai oleh Ustaz […]
Apakah Itu Syiah?
SPATAH SELIDAH episod ini bersama dengan Sheikh Suleiman As-Salumi, Mufti Masjidil Haram yang ditemui ketika berkunjung ke Kumpulan Media Karangkraf baru-baru ini. SPATAH SELIDAH mendapatkan pandangan beliau tentang beberapa persoalan semasa yang membelenggu umat Islam pada hari ini termasuklah persoalan Syiah.
#AKTIFKANRUMAHNGAJI
Jadikan Al-Quran sebagai titik temu ummah untuk uniti dan solidariti. Baca, faham dan amalkan Al-Quran sehingga terbentuk mindset (reengineering mindset) ke arah karakter Muslim Sejati. Mulakan langkah anda untuk sama-sama #AKTIFKANRUMAHNGAJI di rumah, sekolah, organisasi dan dalam komuniti (dengan surau dan masjid sebagai pusat komuniti bersinergi) di seluruh Malaysia dan dunia.
DILEMA MENCARI REDHA ILAHI? AJUKAN SOALAN ANDA
Comeynya Ugama akan kembali bersiaran di SinarTV, kali ini bersama dengan Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan ajukan di dalam ruangan di bawah dan soalan terpilih akan di jawab oleh Ustaz Ahmad Dusuki. Jangan lupa dalam kita mengiringi perjalanan kehidupan dengan ilmu, Redha Ilahi mengiringi kehidupan kalian. Buku Mohonlah Redha Ilahi […]
Bersolat Tetapi Masih Mungkar
Kali ini Datuk Ustaz Kazim Elias akan menjawab dua persoalan tentang orang yang bersolat namun masih melakukan kemungkaran serta apakah kedudukan orang yang bersolat tetapi tidak mahu berjemaah ke masjid.