Seorang wanita warganegara Britain dipenjara enam bulan atas kesalahan menampar pegawai Imigresen Indonesia.
Wanita itu disabit melakukan kesalahan tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali.
Auj-e Taqaddas, 42, didakwa menjerit dan menyumpah seorang pegawai lelaki setelah ditegur mengenai dokumen visanya tamat tempoh.
Taqaddas disabitkan kesalahan bertindak kasar terhadap pegawai bertugas apabila memaki hamun dan menampar pegawai itu di muka sambil cuba merampas pasportnya daripada pegawai berkenaan.
Wanita itu kini dipenjara enam bulan namun mendakwa hukumannya tidak adil.
Hukuman oleh mahkamah itu terpaksa ditangguhkan beberapa kali selepas wanita itu mendakwa tidak sihat dan pihak berkuasa mendapatinya sudah mendaftar keluar dari hotel serta tidak dapat dikesan.