Beg Terus Senyum
Tesco Malaysia melancarkan kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) Tesco Beg Terus Senyum (BTS) dan Tesco-Unilever Back To School Fund. Kempen yang bermula 14 November hingga 20 Disember depan adalah kesinambungan Program Sekolah Angkat Tesco bersama Yayasan Pintar sejak 2016.