[LIVE] Awas! Arthritis tak kenal usia
Pernahkan anda mengalami kekejangan otot pada waktu pagi yang mengambil masa agak lama untuk hilang? Jika ya, anda semestinya perlu mendengar kupasan daripada Dr. Anwar Samhari Mat Arshad, Pakar Rheumatology dan Sakit Kronik dalam Sinar Live Rabu 23hb Jun 2021 untuk mengetahui lebih lanjut tentang Arthritis. Ada soalan? Ajukan di ruangan komen. #KitaLaluiBersama #SinaruntukMalaysia #SinarLive
[LIVE] Rohingya: Antara kemanusiaan dan kedaulatan
Malaysia berdepan dengan kesukaran untuk menghantar pulang pelarian etnik Rohingya kerana negara asal enggan menerima mereka. Mereka tidak dapat diusir keluar dan dikatakan bagaikan ‘raja’ kerana menerima pelbagai sumbangan dan bantuan sehinggakan rakyat sendiri berasa terpinggir. Apa yang sewajarnya kita lakukan sekarang? Saksikan diskusi lanjut dalam Wacana Siri 267 jam 8.30 SEKARANG di semua platform […]
[LIVE] Realiti buka Parlimen & tamat darurat
Titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-raja Melayu agar persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin merupakan sesuatu yang wajar dan tepat pada waktunya. Namun, sejauh mana dengan pembukaan semula Parlimen merupakan matlamat yang terbaik untuk rakyat dan negara? Apa realiti sebenar buka Parlimen dan tamat darurat? Ikuti kupasannya bersama Penganalisis […]
[LIVE] PRU 15: Kuasa pemimpin atau nyawa rakyat
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini menyatakan pembukaan sidang parlimen adalah pada sekitar September atau Oktober, iaitu semasa fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara. Keadaan ini memberi sedikit bayangan sama ada PRU15 bakal diadakan hujung tahun 2021, atau mungkinkan pada awal tahun hadapan? Cukupkah persiapan dan yakinkah kerajaan bahawa Covid-19 sudah berjaya dibendung sepenuhnya […]
[LIVE] JOMQUIT: Baik ‘Quit’ sebelum kena Covid
Rokok mengandungi lebih daripada 5, 000 bahan kimia dan sekurang-kurang 69 daripadanya adalah berbahaya kepada badan kita. Sekiranya dijangkiti Covid-19, apakah perokok lebih berisiko tinggi mendapat komplikasi teruk berbanding orang lain? Ikuti kupasannya bersama Ketua Sektor Kawalan Tembakau dan Urusetia FCTC, Dr. Noraryana Hassan hanya di Sinar Live. Ada soalan? Ajukan di ruangan komen. #KitaLaluiBersama […]
[LIVE] Parlimen hibrid: Solusi buat MP
Sesi sidang Parlimen hibrid kini sedang dikaji pelaksanaannya dan dijangka bakal membuka satu perspektif baharu di negara ini. Namun ramai di kalangan ahli parlimen mula meluah kebimbangan yang ia mungkin bakal melumpuhkan peranan mereka selain menjadi persidangan ‘separuh masak’ kerana sebaiknya isu negara dibincang secara bersemuka. Diskusi lanjut dalam Wacana Siri 264 jam 8.30 SEKARANG […]
[LIVE] Wakaf: Kejutkan ‘The Sleeping Giant’
Adakah kita sedar jika wakaf diurus dan dibangunkan dengan sistematik, ia mampu menjana kemajuan ekonomi ummah sepanjang zaman? Namun, terdapat banyak masalah yang timbul dalam sistem pengurusannya sehingga ia tidak dapat dimanfaatkan bagi menjana pendapatan, lantas wakaf digelar ‘the sleeping giant‘ oleh majalah Islamic Finance News (2012). Apa isu dan cabaran dalam mengejutkan semula gergasi […]
[LIVE] 100 juta langkah: Ikrar tempur rasuah
Covid ada vaksin, Rasuah tiada vaksin. Benarkah? Sejauh mana gerakan Rasuah Busters penggerak membanteras rasuah di Malaysia? Apa pula kaitan dengan 100,000,000 langkah? Ikuti Sinar Live yang bertajuk 100 juta langkah: Ikrar tempur rasuah bersama Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin dan Ketua Pegawai Eksekutif Checkpoint Spot Sdn Bhd, Benjamin Yeow. Kupasannya hanya di Sinar […]
[LIVE] Cabaran Covid-19 #KitaLaluiBersama
Malaysia, kita sudah tidak banyak masa untuk menyelamatkan keadaan! Dalam sisa-sisa waktu yang masih bersisa, detiknya sudah tiba untuk ahli politik saling bersatu tenaga membantu kerajaan mempertingkatkan kesedaran selain pendaftaran vaksin Covid-19 di kalangan rakyat. Apa lagi yang boleh dilakukan? Tiga figura hebat berkongsi idea dan cara mereka dalam Wacana Siri 262 di semua platform […]