Skandal Tabung haji meletup seawal Mei 2015. Dua bulan sebelum skandal 1MDB meletup di akhbar Wall Street Journal dengan segala macam pendedahan, diikuti tindakan undang-undang oleh DOJ.
Isu ini perlahan-lahan ‘tenggelam’ daripada liputan media dan ia menjadi panas semula apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa membuat kejutanĀ mengumumkan Lembaga Urusan Tabung Haji mengalami defisit sebanyak RM4.1 bilion.
Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan fakta rasmi dalam laporan kewangan Jabatan Audit Negara yang menyaksikan rosot nilai pada setiap tahun khususnya tahun berakhir 31 Disember 2017.
Isu berkaitan TH ini juga sudah lama diperkatakan oleh saudara Rafizi Ramli sejak tahun 2015 lagi. Beliau pernah memerli di dalam parlimen yang dituju khas kepada individu yang berkenan.
Para pendeposit pula terus dihantui dengan isu panas Lembaga Tabung Haji apabila didakwa memalsukan buku akaun untuk menunjukkan prestasi yang baik bagi mewajarkan pembayaran dividen 6.25 peratus yang diumumkan menjelang pilihan saya umum (PRU) ke-14 yang lalu.
Perkara ini juga pernah disuarakan oleh saudara Rafizi Ramli pada tahun 2016.
Siapakah pendeposit ini? Ya, ibu ayah kita di kampung yang menabung lama untuk mengerjakan haji. Hasil berniaga kecil-kecilan, menoreh getah dan sebagainya.
Untuk harapan baharu, kabinet bersetuju sebulat suara melatakkan Tabung Haji di bawah seliaan bank negara untuk menambah baik tadbir urus organisasi berkenaan.
Rukun Islam menyuruh kita kerjakan haji bukannya kerjakan Tabung Haji.