Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam, menggesa pihak polis menyiasat tiga individu iaitu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Peguam Negara, Tommy Thomas yang disyaki cuba mengubah laporan bedah siasat anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.