1. Pulang ke Malaysia dan dakwa saya: Tun M
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau mahu Ahli perniagaan yang dikehendaki Low Taek Jho, atau Jho Low, boleh kembali ke Malaysia dan buat pendakwaan berhubung jualan kapal mewah Equanimity.
Dr Mahathir diminta mengulas kenyataan Low yang mendakwa kerajaan sengaja menjual kapal mewah itu pada harga rendah.
“Beliau boleh datang ke sini dan buat pendakwaan, dan saya akan ke mahkamah untuk pertahankan keputusan nya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada Rabu.
Equanimity dijual kepada Genting Malaysia Bhd, atau syarikat ‘special purpose vehicle’ (SPV) miliknya, pada harga AS$126 juta dollar US atau RM514.6 juta ringgit
Bagaimanapun, kata Jho Low harga kapal mewah itu sebelum ini dilaporkan bernilai RM1 bilion ringgit.
2. Tunjuk bukti polis terlibat dalam kehilangan Koh, Amri: Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengemukakan bukti dakwaan Cawangan Khas Bukit Aman terlibat dalam kehilangan paksa paderi Raymond Koh dan aktivis sosial, Amri Che Mat.
Perdana Menteri berkata, kesimpulan inkuiri Suhakam bawah Cawangan Khas bertanggungjawab terhadap kehilangan dua individu berkenan adalah cuma dengar cakap sahaja.
Suhakam hari ini membuat kesimpulan bahawa kes melibatkan Koh dan Amri adalah berupa kehilangan paksa yang mungkin melibatkan penglibatan ejen-ejen kerajaan seperti polis Cawangan Khas.
Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Mah Weng Kwai berkata, dapatannya adalah berdasarkan inkuiri suruhanjaya itu terhadap kehilangan mereka.
Koh, 64, diculik ketika memandu oleh sekumpulan lelaki bertopeng di Kelana Jaya, pada 13 Feb 2017 sementara Amri, 44 pengasas bersama Persatuan Kebajikan Harapan Perlis, hilang sejak 24 Nov 2016.
3. Pusat Kecemerlangan Halal Global Malaysia di Bosnia: Wan Azizah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan akan terus mempromosi Pusat Kecemerlangan Halal Malaysia secara global, dengan pusat pertama di luar negara akan dibuka di Bosnia hujung bulan ini.
Beliau berkata pusat itu akan menganjurkan program-program pembangunan kapasiti, dan latihan kepada industri untuk diiktiraf halal.
“Pusat ini akan dikembangkan ke lain-lain tempat di seluruh dunia tidak lama lagi,” katanya semasa menyampaikan ucapan di majlis makan malam penghargaan sempena Sidang Kemuncak Halal Global 2019 (GHaS’19) malam tadi.
Dr Wan Azizah berkata beliau ingin melihat lebih ramai usahawan Muslim, terutama dari golongan muda, menggunakan platform digital untuk mempromosi amalan dan produk halal mereka.
Katanya aplikasi mudah alih, kecerdasan buatan, robotik dan rekacipta inivatif boleh digunakan untuk meningkatkan ekosistem global halal.
4. Kantoi jual beli nombor ekor
Dua lelaki ditahan selepas terbabit dalam kegiatan menjual nombor ekor di Kampung Padang Lalang di Langkawi, semalam.
Dalam operasi Ops Dadu, 6.30 petang itu, polis turut merampas wang tunai RM310 dan peralatan digunakan dalam kegiatan perjudian ekor haram.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, operasi itu disertai sepasukan tujuh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi.
Mohd Iqbal berkata, kedua-dua suspek yang tiada rekod jenayah lampau itu kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
“Seramai 12 lelaki beragama Islam disyaki pembeli nombor ekor haram turut dibawa ke Balai Polis Ayer Hangat untuk proses dokumentasi, sebelum diserahkan kepada PADL untuk tindakan lanjut,” katanya.
5. Pele dikejarkan ke hospital
Lagenda bola sepak, Pele telah dibawa ke hospital di Paris sebagai langkah berjaga-jaga selepas mengalami ‘jangkitan’ namun ‘dalam keadaan baik’, mengikut ahli rombongannya.
Menurut sumber, Pele berusia 78 tahun dirawat bagi ‘demam ringan’ disebabkan penerbangan yang lama ketika pulang ke negara asalnya.
Katanya, beliau masih berada di hospital pada tengah hari tadi.
Pele yang memenangi Piala Dunia pada 1958, 1962 dan 1970 berada di Paris untuk penampilan promosi bersama bintang Perancis, Kylian Mbappe.
Kesihatan pemain dikenali sebagai ‘O Rei’ menjadi kebimbangan beberapa kali dan pertemuan bersama Mbappe juga telah ditunda pada November tahun lalu.
Sebelum ini, Pele mengakui tidak dapat menyalakan api ketika majlis pembukaan Olimpik Rio 2016.