Suspek lelaki yang diburu kerana membelasah sebelum menyamun seorang wanita di sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, akhirnya berjaya ditahan.
Difahamkan, suspek itu ditahan pada pukul 8.10 malam semalam di Taman Cheras, Jalan Cheras oleh pasukan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, suspek yang berusia 26 tahun itu akan ditahan hari ini.
Sebelum itu, media hari ini melaporkan polis sudah mengenal pasti identiti suspek yang memukul dan menyamun wanita tersebut dalam kejadian Khamis lalu.
Mazlan dipetik berkata, pihaknya telah mendapatkan maklumat peribadi termasuk alamat lelaki tersebut.
Khamis lalu, mangsa berusia 48 tahun itu dikatakan berada dalam lif berkenaan bersama suspek sebelum dibelasah dan disamun lelaki tersebut.
Suspek melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan wang tunai berjumlah RM400.