Seorang pengemis di Indonesia ditahan pihak berkuasa selepas mengaku memiliki rumah, tanah dan simpanan dalam bank hampir setengah juta ringgit.
Pengemis yang dikenali sebagai Legiman, 52, itu ditangkap pihak berkuasa pada Sabtu lalu dengan memperoleh hasil kutipan mengemis sebanyak 695,000 rupiah bersamaan RM202 dalam poketnya.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam, Udhi Harsilo Nugroho yang mengetuai operasi itu berkata, Legiman ditangkap ketika operasi terhadap pengemis dan gelandangan di Simpang Lima, Pati, Jawa Tengah.
Ketika disoal siasat, lelaki itu mendakwa memiliki rumah bernilai 250 juta rupiah bersamaan (RM73,000), tanah bernilai 275 juta rupiah bersamaan (RM80,000), dan wang simpanan dalam bank berjumlah 900 juta rupiah bersamaan (RM262,000)
Udhi berkata, ada diantara pengemis yang ditahan mempunyai buku simpanan wang dan kad ATM.
Polis turut memberi peringatan bahawa mengemis dan memberi wang kepada pengemis adalah kesalahan undang-undang.
Bagaimanapun, wang hasil kutipan itu dipulangkan dan pengemis perlu berjanji mereka tidak akan mengulangi perbuatan itu.