1. ‘Pemuda Pakatan Harapan lebih sudu dari kuah’
Pemuda Pakatan Harapan (PH) seperti lebih sudu daripada kuah apabila membuat laporan kepada Jabatan Pendaftaran pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung dana Umno yang dikaitkan dengan 1MDB.
Bendahari Pemuda Umno Kelantan, Wan Mohamed Rasman wan Hassan berkata, ini kerana isu itu masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), malah Pejabat Pendakwa Raya juga masih belum melakukan dakwaan.
“Kita lihat tindakan Pemuda PH ini bersifat jahat demi menutup isu yang melanda PH khususnya isu video seks yang didakwa membabitkan pimpinan mereka,”
Semalam Malaysiakini melaporka
Sementara itu Wan Mohamed Rasman berkata, mahkamah belum lagi membuktikan Umno bersalah dan saman lucuthak juga baru sahaja dimulakan.
Tambahnya lagi, tindakan melaporkan kepada pihak ROS dilihat sebagai tindakan kurang bijak dan melambangkan tahap pemikiran yang rendah.
2. Duit 1MDB atau tidak, mahkamah yang tentukan: PAS
PAS berpendirian mahkamah perlu menentukan sama ada duit yang dituntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada 41 individu dan entiti merupakan milik 1MDB atau sebaliknya.
Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana SPRM bukan badan kehakiman, tetapi hanyalah badan penyiasat.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, entiti seperti syarikat Rayhar Travels Sdn Bhd, yang turut dinamakan dalam senarai terbabit, tidak bertanggungjawab untuk tahu dari mana duit itu datang.
Katanya, ini kerana syarikat itu hanya sebuah agensi pelancongan yang menguruskan umat Islam yang mahu menunaikan ibadah umrah dan haji.
Rayhar dilaporkan berkata, syarikat itu menerima bayaran daripada seorang individu yang menaja penduduk dari Pekan Pahang, untuk mengerjakan umrah pada tahun 2013.
Berdasarkan senarai pelucutanhak sivil SPRM, Raysar Travels menerima bayaran sebanyak RM121,205 daripada Najib.
3. Penagih dadah akan dirawat, bukan penjara: Dr Dzulkefly
Malaysia dijangka mengambil langkah besar baru dengan tidak menjadikan penagih dadah sebagai penjenayah, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
Bagaimanapun katanya, ini tidak bermakna kerajaan akan menghalalkan dadah.
“Dekriminalisasi adalah penghapusan hukuman jenayah kerana memiliki dan menggunakan jumlah kecil dadah untuk kegunaan peribadi, berbeza dengan mereka yang terlibat dalam pengedaran dadah
“Tambah Dr Dzulkifly, Mengedar dadah tetap kekal sebagai satu jenayah.”
Dzulkefly berkata, penggunaan dan ketagihan dadah adalah masalah perubatan yang kompleks, kronik dan berulang-ulang.
“Terdapat banyak faktor yang mendorong seseorang mengguna dan menagih dadah. Ia mungkin merupakan kecenderungan genetik, keadaan persekitaran seperti kemiskinan, keruntuhan keluarga atau tekanan di sekolah dan rakan sebaya.
4. KPM tak pernah beri kebenaran pelekat khas susu sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak pernah memberikan kebenaran untuk penggunaan pelekat khas ke atas kotak susu, sebagaimana yang tular di media sosial.
Menterinya, Dr. Maszlee Malik telah mengarahkan siasatan dan arahan memberhentikan serta merta edaran dan pembelian susu berkenaan.
“KPM memandang serius isu ini kerana melibatkan integriti pelaksanaan inisiatif KPM. Perbuatan ini menimbulkan kesangsian rakyat terhadap kualiti susu yang dibekalkan kepada murid-murid di sekolah,”.
Maszlee menegaskan, komitmen KPM untuk memberikan yang terbaik kepada murid-murid sekolah terutama golongan sasar warga miskin yang tergolong dalam senarai penerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan termasuk susu sekolah.
Dalam masa yang sama, katanya, sebarang bentuk salah laku integriti dalam isu yang sama akan disiasat kerana ia melibatkan penyalahgunaan kuasa melibatkan dana untuk murid-murid miskin.
5. Kulit harumanis untuk kecantikan
Jika mangga harumanis sangat digemari kerana keenakan isinya, kini kulitnya pula didapati mempunyai khasiat tersendiri dan sesuai dijadikan sabun kecantikan.
Sekumpulan pelajar tahun akhir program Kosmetologi Kolej Vokasional (KV) Kangar, berjaya menghasilkan sabun kecantikan berasaskan kulit buah mangga yang menjadi ikon Perlis itu.
Ketua Jabatan Hospitaliti dan Pelancongan KV Kangar, Yushartini Md Yusof berkata, kolej itu bekerjasama dengan Kedah BioResources Corporation Sdn Bhd (KBioCorp) di Kulim, Kedah, membuat kajian kulit harumanis sebelum diinovasikan menjadi sabun.
Beliau berkata nama komersial atau saintifik produk itu adalah sabun mangifera dan pihaknya merancang menambah pengeluaran untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
Pada masa ini sabun mangifera dihasilkan secara manual dan projek itu beroperasi di bengkel kolej berkenaan. Sebuku sabun itu seberat 58 gram dijual pada harga RM8.90.