1. Najib digelar pemimpin Transformer
Individu kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low merujuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan nama pemimpin Transformer, Optimus Prime.
Dalam perbicaraan jenayah terhadap bekas perdana menteri harini, bekas pengurus perhubungan AmBank Joanna Yu mengesahkan perkara ini kepada DPP V Sithambaram semasa pemeriksaan semula.
Sithambaram merujuk kepada log perbualan Blackberry Messenger antara saksi itu dan ahli perniagaan yang kini dalam buruan itu.
Tawa bergema dimahkamah ketika Sithambaram menyatakan setakat pengetahuannya Optimus Prime adalah pemimpin tertinggi Transformers, siri sains fiksyen terkenal.2. Penjaja hina nabi, arwah Adib dijel 30 bulan
Perbuatan biadap seorang penjaja menghina kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim dan Nabi Muhammad SAW melalui ciapan di Twitter mendapat pembalasan selepas Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 30 bulan.
Hakim M.M. Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu terhadap Chow Mun Fai, 43 tahun yang sebelum ini telah mengaku bersalah terhadap lapan pertuduhan menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam menerusi hantaran-hantaran di media sosial.
Ketika membuat keputusan itu, Edwin berkata, mahkamah tidak boleh menerima perbuatan tertuduh memberi pelbagai komen negatif terhadap agama orang lain dan menghina kematian Muhammad Adib ketika seluruh negara meratapi dan berkabung dengan kematiannya adalah melampaui hak kebebasan bersuara yang dijamin perlembagaan.3. Sukar faham lojik isu Jawi, kata exco Selangor
Kerajaan Pakatan Harapan diminta membuat pusingan U susulan kritikan terhadap rancangan Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah vernakular.
Exco Selangor V Ganabatirau memberitahu bahawa dasar tidak popular ini yang diperkenalkan oleh kerajaan telah menimbulkan ketakutan dalam kalangan orang bukan Melayu.
Beliau berkata adalah sukar untuk memahami lojik di sebalik dasar ini kerana sukar untuk mencapai tujuan yang betul bagi melakukannya.
Tambahnya lagi beliau mengesa menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik untuk membincangkan cadangan ini dengan semua pihak berkepentingan dan membuat perubahan kepada dasar ini untuk masa depan generasi yang akan datang.4. Mansuh UPSR: Kementerian diminta buat kajian terperinci
Kementerian Pendidikan diminta membuat kajian secara terperinci berhubung cadangan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Wan Marzuki Wan Jaafar berkata, peperiksaan itu penting bagi menilai pencapaian murid di peringkat sekolah rendah.
Beliau berkata UPSR masih penting dan diperlukan untuk menilai tahap pengukuhan akademik terutama dalam mata pelajaran sains dan teknologi serta bukan akademik termasuk kemahiran setiap murid.5. ‘WhatsApp dalam pelbagai platform’
WhatsApp dilaporkan sedang dalam proses membangunkan fungsi terbaharu yang membolehkan pengguna memasang dan menggunakan aplikasi itu menerusi pelbagai platform pada masa yang sama.
Menurut WABetainfo, aplikasi servis mesej itu sedang membangunkan sistem multi-platform bagi membolehkan ia berfungsi pada iOS dan Android termasuk WhatsApp untuk Windows.
Ini bermakna pengguna boleh memuat turun aplikasi itu di pelbagai platform dan menggunakannya pada masa yang sama tanpa perlu melakukan proses boot akaun utama – sama seperti ketika menggunakan Facebook atau Twitter.