Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali menolak gelaran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggap hero sebagai ‘Bossku’.
Sebaliknya kata Azmin, Najib bukan bos tetapi pencuri dan mahu rakyat melihat siapa pengkhianat dalam kalangan orang Melayu sendiri.
Najib didakwa atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram, tiga pertuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa dalam kes SRC International.
Bekas presiden Umno itu secara konsisten menegaskan perbicaraan itu akan membuktikan beliau tidak bersalah.
Menjelang pilihan raya kecil Semenyih semakin hampir, Azmin turut mencabar Najib berkempen di kawasan itu seperti yang dilakukannya di Cameron Highlands.
PRK Semenyih dijadualkan pada2 Mac manakala hari penamaan calon ditetapkan pada Sabtu ini.