1. Nahas SUV: Pemandu Vios mengaku tak salah
M K Vaitheswaran, 21 tahun, yang memakai baju T hitam dan bertopi sebelum itu dibawa Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (IPDSPT) ke mahkamah dengan kenderaan polis pukul 8.30 pagi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai pendandan rambut dituduh tidak mengambil kira keadaan jalan raya hingga menyebabkan kematian Moey Yun Peng, 20 tahun, pada 20 Januari 2019 kira-kira pukul 3 pagi di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang.
Dia dituduh mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
2. Jangan taksub kepada pemimpin, parti politik: Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan anggota pentadbiran kerajaan supaya tidak taksub kepada pemimpin atau parti politik tertentu, sebaliknya mengutamakan negara.
Perdana Menteri berkata, kesetiaan sementara kepada pemimpin dan parti hanya perlu diberikan jika ia dapat memberi kebaikan kepada negara.
Bagaimanapun katanya, jika didapati penyelewengan dilakukan pemimpin dan parti yang disokong, maka kesetiaan itu perlu dialihkan kepada pemerintahan sedia ada walaupun sudah terikat kepada parti itu selama 61 tahun sebelum ini.
Perdana Menteri berkata, sistem demokrasi di Malaysia memberi peluang kepada sesiapa saja untuk memimpin dan terpulang kepada individu termasuk anggota pentadbiran kerajaan untuk menyokong parti dan agenda yang dibawa parti itu untuk memerintah negara.
3. Kementerian Pertahanan nafi taja Dr Suwaibah RM4 juta
Kementerian Pertahanan tidak pernah menaja kos RM4Juta yang diperlukan pelari solo, Dr Suwaibah Muhammaad Nasir bagi menjayakan misi jelajah kemanusian menakluk 30 Menara Tertinggi Dunia.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu juga tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan sebaliknya hanya memberikan sokongan kepada usaha Dr Suwaibah.
Pada 7 Februari lalu, Dr Suwaibah menyatakan bahawa beliau memerlukan dana sebanyak RM4juta bagi menampung kos yang tinggi untuk menjayakan misi tersebut termasuk penginapan, tiket kapal terbang dan permohonan visa.
4. Ijazah hadiah untuk arwah ayah: Anak Mr Os bergelar doktor
Usaha pelawak Allahyarham Mohd Yusof Abdul Hamid atau di kenali sebagai Mr Os dalam memberi pendidikan yang sempurna membuahkan hasil apabila anaknya Syafiqa Hayra kini bergelar dokter.
Syafiqa 26, berkata, kejayaan yang dikecapi hari ini adalah menunaikan impian bapanya yang mahu menjadi seorang dokter dan berbakti kepada masyarakat
Menurut Syafiqa, dia menganggap apa yang berlaku sebelum ini sebagai pemangkin semangat untuk terus maju dalam bidang perubatan.
Namun, saya sedih kerana tidak sempat menemuinya sebelum dia meninggal. Saya mahu balik sebelum dia dikebumikan tetapi tidak sempat kerana tiada penerbangan ketika itu,” katanya sambil memberitahu sentiasa menziarahi kubur ayah setiap kali balik bercuti.
Mr Os meninggal pada 8 April 2016 di Hospital Selayang akibat kanser paru-paru.
5. Jom ronda-ronda sambil singgah lokasi ‘best’ di KL
Kuala Lumpur menjadi antara Top 5 bandaraya paling menarik di dunia pada tahun 2018.
Walaupun begitu, masih ada rakyat Malaysia yang tidak sedar bahawa Kuala Lumpur mempunyai lebih 50 lokasi pemandangan menarik atau bersejarah yang tidak rugi dikunjungi.
Lebih menarik, kesemua tempat menarik itu hanya terletak di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan boleh dilawati secara terus menaiki bas khas Hop-On Hop-Off (HOHO).
Pengarah Urusan Elang Wah Holding Sdn Bhd Syed Azhar Syed Nadzir berkata, dari segi jumlah pelancong asing pada tahun lalu, ia menunjukkan peningkatan yang amat positif berbanding sebelum ini.
Pengunjung yang menaiki laluan bandar akan menikmati pemandangan di tengah-tengah kesibukan kotaraya yang mana terdapat 14 perhentian iaitu di Bukit Bintang Sultan Ismail, Sheraton, Seri Pasific, Grand Season, Istana Budaya, Intercontinental, KLCC, Matic, KL Tower, KL Citywalk, Aquaria dan Karyaneka.
Harga tiket (standard) bagi pengunjung tempatan ialah RM25 seorang, manakala bagi pelancong asing adalah RM55 seorang.