1.MIC dan Pas sah jalin kerjasama
MIC menjadi parti komponen kedua dalam Barisan Nasional (BN) selepas UMNO untuk menjalinkan kerjasama politik dengan Pas.
Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran berkata, keputusan itu sekali gus akan memperkukuhkan blok pembangkang khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, 13 April ini.
“Beliau yakin terhadap kepimpinan PAS dan kerjasama ini berada di landasan yang betul,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat hampir dua jam dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan barisan kepemimpinan tertinggi kedua-dua parti di Ibu Pejabat MIC semalam.
Sementara itu, Abdul Hadi optimis kerjasama itu akan membawa perubahan baharu dalam politik PAS selain sebagai persedian PRK Rantau yang bermula selepas penamaan calon pada Sabtu ini.
2. Usahlah laga-lagakan lagi: Anwar
Perbezaan pendapat dalam PKR ketika ini, hanyalah isu kecil dan tidak akan menggugat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tambah beliau “kita perlu tumpu pada pilihan raya, perbezaan pendapat kecil boleh, diizinkan dan berbeza pendapat sikit ok tetapi sekarang perlu tumpu PRK Rantau dan ekonomi, katanya.
“Semua pun sudah setuju datang berkempen, usahlah laga-lagakan lagi, yang penting adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat, pastikan ekonomi berkembang dan bekerja sebagai satu pasukan,” katanya selepas program Pertemuan Bersama Jentera PRK DUN Rantau di Rembau, semalam.
Pada 22 Mac, Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan peletakan jawatannya itu dibuat susulan ketidaksefahaman Pakatan Harapan mengenai pemilihan kepimpinan PAC.
3. Daftar kenderaan wajib guna nombor siri VTA sah bermula 1 April
Mulai 1 April ini, setiap proses pendaftaran kenderaan motor melalui sistem e-Daftar diwPengangkutan Jalan (JPJ).
JPJ memaklumkan, setiap pengeluar kenderaan dan pihak yang berkenaan perlu mematuhi ketetapan itu bagi mengelakkan sebarang kesukaran atau sekatan terhadap proses pendaftaran kenderaan masing-masing.
Katanya, objektif utama JPJ menguatkuasakan perkara itu adalah untuk memastikan setiap kenderaan motor yang akan didaftarkan dan dilesenkan mempunyai kelulusan VTA yang sah serta sebagai instrumen kawalan dan sekatan terhadap mana-mana pihak yang ingkar mendapatkan kelulusan VTA daripada JPJ.
JPJ berkata, secara dasarnya, VTA adalah proses mandatori terhadap kenderaan model baharu sebelum dibenarkan untuk didaftarkan dan dilesenkan JPJ.
“Proses VTA ini dikuatkuasa untuk memastikan setiap model baharu kenderaan mematuhi ciri-ciri pembinaan dan spesifikasi seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-kaedah di bawahnya.
4. Kaji selidik: Jadi tanggungjawab syarikat media sosial kekang keganasan
Dalam usaha mengekang kandungan tidak sesuai seperti yang berunsur keganasan daripada disiarkan di media sosial, kerjasama diantara syarikat penyedia platform media sosial dan penguatkuasa termasuk agensi kerajaan adalah amat penting.
Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan syarikat kajian pasaran dalam talian, Vase Technologies Sdn Bhd dengan kerjasama Astro AWANI, 70 peratus atau 759 responden bersetuju bahawa penyedia platform media sosial bertanggungjawab dalam menyediakan informasi kepada kerajaan berkenaan aktiviti yang diragui sekali gus membantu mengekang aktiviti keganasan.
Namun, 266 responden atau 25 peratus menyatakan tanggungjawab bergantung kepada keadaan manakala lima peratus atau 55 responden menyatakan ia bukan tanggungjawab syarikat media sosial.
Bagaimanapun, 16 peratus atau 178 responden menyatakan tidak dengan cadangan tersebut yang turut mencadangkan supaya video siaran langsung disiarkan secara tertunda bagi membolehkan semakan dan penilaian dibuat.
5. Imej seni pasir terbesar di dunia
Beberapa pengkarya seni menghabiskan masa selama 2,400 jam untuk menghasilkan imej yang diperbuat daripada pasir sehingga ia boleh dilihat dari luar angkasa.
Saiz imej pasir itu adalah seluas 15,876.22 meter persegi iaitu bersamaan dengan 12 kolam renang bersaiz olimpik.
Imej yang diberikan nama ‘Putera Kemanusian’ merupakan gambar Sheikh Sabah Al-Ahmed Al-Jaber Al-Sabah seorang Emir (Pemerintah) Kuwait.
Ia diukur daripada pasir batuan merah semula jadi, dan lakaran itu sungguh besar sehingga ia boleh dirakam oleh Satelit Emirati, Khalifa Sat.
Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu menghasilkan imej tersebut untuk menunjukan tanda cinta terhadap Kuwait sempena hari kebangsaan Negara itu.