Seorang kerani kilang wanita maut akibat melecur selepas dibakar suaminya tanpa sengaja di rumah mereka di Batu 6, Bukit Naga, Seksyen 32, Shah Alam pada 7 Februari lalu.
Mangsa, Rosnani Samsudin, 44, disahkan meninggal dunia pukul 4 pagi semalam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan kuman pada kawasan melecur di bahagian muka dan tangan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, siasatan awal pihaknya mendapati berlaku pentengkaran antara pasangan mangsa dan suaminya yang merupakan pemandu lori pukul 9 malam, 7 Februari lalu sebelum mangsa terbakar.
Menurutnya, suami mangsa telah mengugut untuk membakar rumah mereka dengan menyimbah petrol pada palet kayu kecil yang dibawanya sebelum bertindak membakarnya.
Berang dengan tindakan suaminya itu, mangsa kemudian telah merampas bekas petrol itu sebelum mencurah ke badannya sendiri. Mangsa menyatakan kepada suaminya agar membakar dirinya sekali sekiranya ingin membakar rumah mereka.
Suspek yang turut berang dengan tindakan mangsa telah menyalakan api dari pemetik api dipercayai dengan niat untuk mengacah namun secara tiba-tiba api terus menyambar tudung mangsa hingga merebak ke seluruh badan.
Baharuddin berkata, mangsa yang terbakar kemudiannya berguling-guling di lantai dengan suspek membantu memadamkan kebakaran itu sambil menjerit meminta tolong