1. ‘Malu apa bossku’, budaya negatif dibawa BN: Mukhriz
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir bimbang dengan budaya negatif yang di bawa oleh bekas Pemimpin Barisan Nasional (BN) yang terbabit dalam isu rasuah dan mencuri duit negara.
Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang juga Menteri Besar Kedah berkata, bekas pemimpin Negara itu dilihat seolah hilang akal apabila mengajar anak muda dengan nilai-nilai degatif dengan membawa slogan seperti ‘Malu Apa Bossku’.
Katanya, situasi itu dilihat berbahaya apabila anak muda dilihat kurang faham dengan situasi semasa dengan seolah-olah mengiktiraf dan membenarkan perbuatan bekas pemimpin berkenaan apabila melaung-laungkan slogan berkenaan.
2. Zon larangan guna telefon diwujud, elak kebocoran rahsia kerajaan
Zon larangan penggunaan telefon bimbit atau peralatan komunikasi lain yang mampu merakam maklumat, telah diwujudkan bagi mengelakkan penyebaran dan kebocoran maklumat rahsia rasmi kerajaan.
Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Jabatan Perdana Menteri menyatakan zon tersebut terpakai bagi mana-mana mesyuarat penting yang dikategorikan sebagai kritikal dan berisiko tinggi.
Larangan ini sebagaimana yang ditetapkan oleh surat Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia bertarikh 31 Jan 2019 bagi mengelakkan sebarang penyebaran dan kebocoran maklumat.
3. Kenapa sekarang baru nak desak: Azmin
Kerajaan tidak akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) seperti didesak Pemuda UMNO bagi menyiasat dakwaan berlaku salah laku yang berlaku dalam pengurusan Tabung Haji (TH).
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Pemuda UMNO sepatutnya meminta kerajaan terdahulu menyiasat perkara itu dan bukan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Pemuda UMNO yang mendesak supaya kerajaan menubuhkan segera RCI bagi menyiasat segala dakwaan dan salah laku yang berlaku di dalam pengurusan TH.
Mengulas lanjut Mohamed Azmin berkata, kerajaan ketika ini sedang berusaha berterus terang kepada pendeposit berkenaan masalah yang sedang melanda institusi itu.
“Beliau hairan kenapa Pemuda UMNO tidak cadang (penubuhan RCI) masa memerintah pada tahun 2018 selepas TH mendapat teguran daripada Bank Negara.
Katanya kepada pemberita selepas Ceramah Umum Pakatan Harapan (PH) di Taman Pasir Mas, Rantau malam tadi.
4. 189 wanita berjaya hamil pada 2018: Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Seramai 189 dari 976 wanita berjaya hamil selepas menjalani rawatan Persenyawaan In Vitro (IVF) di hospital kerajaan pada tahun lepas,.
Beliau berkata mereka mendapatkan rawatan IVF di empat buah hospital pada 2018 iaitu di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah (262 orang); Hospital Kuala Lumpur (339 orang), Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Sabah (224 orang) dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu (151 orang).
Tambahnya lagi, “Kos rawatan bagi satu kitaran IVF adalah sekitar RM4,500 ke RM5,000, tidak termasuk ubat-ubatan kerana ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
5. Meghan didakwa tidak hamil, pegang ‘baby bump’ palsu
Duchess of Sussex, Meghan Markle dijangka bersalin anak sulungnya dalam tempoh terdekat, namum timbul khabar angina bahawa Meghan memalsukan kehamilannya dengan memakai ‘baby bump’ prostetik.
Malah Meghan didakwa menggunakan kaedah ibu tumpang untuk kelahiran anaknya bersdama Putera Harry.
Dia turut didakwa sering menyentuh perutnya bagi mamastikan ‘baby bump’ palsu itu kelihatan sempurna.
Sebuah akaun Youtube yang mempunyai seramai 30,000 pengikut, mencipta video yang mendakwa mempunyai bukti bahawa Meghan sebenarnya tidak hamil.
Video Meghan berjalan perlahan turut dikongsi dan dianalisis di Twitter dan Facebook dengan kapsyen berbunyi ‘baby bump itu bergerak’ dan ‘bukti tiada baby bump’
Minggu lalu, netizen turut berkongsi gambar pelakon Abigail Spencer yang disangka Meghan dengan mendakwa wanita kelahiran Amerika Syarikat itu, tertinggal ‘baby bumpny’ di New York.