Mahathir didesak lepas jawatan lepas 9 Mei 2021, jika tidak…
Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepakat menggesa Tun Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selewat-lewatnya pada 9 Mei 2021, genap tiga tahun Pakatan Harapan (PH) menjadi Kerajaan Pusat.
Tiga NGO tersebut ialah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).
Dalam kenyataan hari ini, mereka berkata bahawa Mesej yang jelas mesti dihantar kepada semua, yang kebajikan negara dan agenda reformasi mendahului kepentingan peribadi dan parti.
Ini kerana kata tiga NGO itu bahawa Pakatan Harapan hanya mempunyai kurang daripada empat tahun untuk memenuhi janji serta memulihkan kestabilan politik dan pentadbiran negara.
Dakwaan rogol amah, laporan kimia kes exco Perak ke peguam negara
Polis akan menyerahkan laporan kimia dan perubatan berhubung kes seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak yang dikaitkan dengan tuduhan merogol seorang pembantu rumahnya kepada Pengarah Pendakwaan Negeri hari ini.
Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain berkata pihaknya menerima laporan itu daripada Jabatan Kimia pada Isnin lepas.
Razarudin berkata laporan perubatan itu kemudian akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara di Putrajaya untuk tindakan dan keputusan seterusnya.
Pada 8 Julai lalu, seorang wanita warga Indonesia berumur 23 tahun membuat laporan polis mendakwa dirogol Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung, Paul Yong Choo Kiong di rumah majikannya itu di Meru.
Bot balik Raya Haji karam, APMM selamatkan 75 pendatang Indonesia
Maritim Malaysia menyelamatkan 75 pendatang asing dari Indonesia daripada lemas apabila bot kayu dinaiki mereka bocor di bahagian enjin pada kedudukan 2.8 batu nautika dari Sungai Kurau, dekat sini awal pagi semalam.
Pengarah Maritim Selangor, Kapten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata bot kayu berukuran 8.8 meter panjang yang membawa pendatang asing itu dipercayai berlepas dari Sungai Air Hitam dekat Pulau Carey kira-kira pukul 5 pagi menuju Tanjung Balai, Indonesia.
Beliau berkata 75 pendatang asing yang ditahan itu terdiri daripada 49 lelaki dan 23 wanita termasuk tiga sedang mengandung, berumur 20 hingga 52 tahun selain tiga kanak-kanak berumur setahun hingga tujuh tahun.
Mohammad Rosli berkata kesemua yang ditahan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.
Awang Hitam serang polis didakwa
Seramai 20 lelaki warga Nigeria dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas empat pertuduhan termasuk menyerang pegawai dan anggota polis dalam serbuan di Pangsapuri Flora Damansara, bulan lalu.
Bagaimanapun, kesemua tertuduh berusia 24 hingga 38 mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Inggeris.
Berdasarkan pertuduhan pertama, 10 tertuduh didakwa mengganggu ketenteramam awam dengan melakukan rusuhan.
Mereka juga didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada empat pegawai polis ketika menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat.
Bagi pertuduhan ketiga, mereka didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan empat pegawai polis.
Penyebab jerebu: Jokowi malu kepada Malaysia, Singapura
Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), berkata beliau malu kepada Malaysia dan Singapura yang turut terjejas jerebu akibat kebakaran hutan di Indonesia.
Jokowi menerusi akaun Instagramnya hari ini pula berkata, beliau telah mengarahkan semua pihak berkaitan agar lebih serius menangani kebakaran hutan di negara itu.
Jokowi berkata, beliau tidak mahu kejadian kebakaran pada 2015 yang memusnahkan kawasan seluas 2.6 juta hektar di Kalimantan dan Sumatera kembali berulang.
Berdasarkan data yang disiarkan Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan (KLHK) Indonesia, lebih 42,000 hektar kawasan hutan dan ladang direkodkan terbakar sejak Januari lepas di republik ini.
Jokowi dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Singapura pada Khamis dan Jumaat ini.