Penglibatannya dalam dunia politik bukan hanya untuk berpolitik. Namun hasrat itu terhenti di pertengahan jalan apabila digugurkan daripada Bersatu dek kerana tidak duduk di kerusi kerajaan pada Sidang Dewan Rakyat 18 Mei lalu.
Apakah sebenarnya yang terbuku di hati bekas ahli akademik ini? Adakah politik Malaysia makin tersasar perjuangannya? Siapa dan di mana silapnya?
Sejam bersama Ahli Parlimen Simpang Renggam ini dalam program Sinar Live mengupas segala-galanya.