1. Kerjasama dengan perompak dan lanun hanya tuduhan politik: Pas
2. Kerana dendam, pelajar tingkatan 5 tikam guru
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kejadian itu berlaku di bilik pembantu warden sekolah berkenaan pada kira-kira jam 8.20 malam.
Menurutnya, apabila mangsa masuk dan sedang membuka kasut, suspek bertindak menikam mangsa dan berlaku pergelutan. Mangsa ditikam beberapa kali di bahagian bahu oleh suspek sebelum melarikan diri.
Motif kejadian dipercayai pelajar lelaki itu tidak berpuas hati kerana dikenakan tindakan buang sekolah.
3. Bekas Presiden Mesir, Mursi meninggal dunia
Bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi yang digulingkan oleh tentera pada 2013 meninggal dunia di mahkamah, menurut media Mesir.
Media melaporkan, Mohammed Mursi pengsan selepas sesi pengadilan di mana beliau menghadapi tuduhan pengintipan.
Mursi, 67, digulingkan berikutan protes beramai-ramai setahun selepas menjawat jawatan sebagai pemimpin negara yang dipilih secara demokratik.
4. Dera monyet, timbul kemarahan warganet
Kecoh dalam kalangan warganet apabila beberapa pemuda dilihat sedang mendera dua ekor monyet dan pada masa yang sama turut merekod kejadian tersebut.
Perkara itu tular apabila ia dikongsikan oleh seorang pengguna di laman twitter namun tidak dipastikan dimana lokasi tersebut sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Malah mereka juga meminta pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil tindakan segera kepada sekumpulan pemuda itu.
Video yang berdurasi 30 saat itu yang dimuat naik semalam telah mendapat lebih 1,000 ulang siar dan ditonton kira-kira 37,600 tontonan wargenet.
5. Sajat enggan mohon maaf
Usahawan kosmetik yang dikenali dengan nama Nur Sajat enggan mengendahkan tempoh 48 jam yang diberikan kepadanya untuk memohon maaf secara terbuka bagi mengelakkan dirinya disaman.
Bagi Sajat, dia menganggap dirinya tidak bersalah seperti didakwa Yusmiliati Mohamed Yusof yang membuat sidang media semalam berhubung isu menukar status jantina pada kad personaliti terbabit.
Terdahulu, Yusmiliati mendakwa dia menjadi mangsa keadaan selepas menawarkan diri membantu Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman bagi menukar status jantina pada kad pengenalan usahawan kosmetik berkenaan.
Bagaimanapun, kata Yusmiliati, permohonan tersebut ditolak Jabatan Pendaftaran Negara kerana ia tidak disertakan surat pengesahan khunsa daripada doktor.