1. Kerajaan campuran itu cuma spekulasi: Annuar
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan, Kerajaan campuran antara Umno dan Pas hanya spekulasi, kerana buat masa ini, ia hanyalah pembentukan jawatankuasa teknikal membabitkan wakil kedua-dua parti.
Menurutnya, buat masa ini Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Norden dan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad akan berbincang peta kerjasama ini dalam jawatankuasa teknikal.
Ahli Parlimen Ketereh itu menegaskan, isu kerajaan campuran masih terlalu awal malah ia tidak dibincangkan lagi.
‘Ianya perlukan hala tuju yang jelas dan dipersetujui kedua-dua parti. Tindakan selanjutnya adalah bukan hanya terhenti kepada kerjasama Umno & Pas tetapi untuk masa depan khususnya parti orang bukan muslim., dan ia tidak boleh hanya satu kaum perlu kerjasama dengan semua’, ujurnya.
2. Jumlah mangsa terhidu gas kimia berbahaya terus meningkat
Suasana cemas kembali hari ini, apabila puluhan ambulans dilihat bertali arus memasuki Dewan Komuniti Taman Pasir Putih, sejak jam 10 pagi tadi membawa pelajar yang dipercayai terhidu gas kimia berbahaya.
Tinjauan Sinar Harian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nusa Damai, mendapati lebih 30 pelajar menunjukan symptom muntah-muntah.
Antara sekolah yang dipercayai terjejas termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Scientex, yang terletak kira-kira 11 kilometer dari kawasan pembuangan sisa kimia berbahaya di Sungai Kim Kim.
Difahamkan, pelajar dari SK Taman Bukit Dahlia dan Sekolah Taman Rinting turut dikejarkan ke Dewan Komuniti Taman Pasir Putih bagi mendapatkan rawatan kecemasan.
3. Hukuman mati mandatori bagi 11 kesalahan akan dimansuh
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata, Hukuman mati mandatory bagi 11 kesalahan jenayah akan dimansuh dan digantikan dengan hukuman mati berdasarkan budi bicara mahkamah.
Ini melibatkan Sembilan jenis kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan dua lagi di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, katanya.
Kerajaan hanya menghapuskan hukuman mati mandatory sahaja, maknanya kita akan buat pindaan, dan jelasnya lagi, itu adalah seperti janji ke-27 dalam Manifesto Pakatan Harapan.’ Katanya menjawab soalan Datuk Abdullah Mat Rawi (Pas-Tumpat) semasa sesi soal jawab.
Pada Oktober 2018, Kabinet memutuskan untuk memansuhkan hukuman mati mandatory bagi 33 jenis kesalahan yang merangkumi lapan akta.
4. Kerajaan PH cari penyelesaian bagi masalah rakyat
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memfokuskan usaha pemulihan, merancakkan ekonomi dan menampilkan imej negara yang baik di persada antarabangsa.
Penganalisis politik yang juga Pensyarah Kanan Pusat Perdana Universiti Teknologi Malaysia Dr Mazlan Ali berkata kerajaan Pakatan Harapan turut memberi tumpuan kepada pendidikan sebagai suatu usaha yang tidak boleh dikompromi oleh mana-mana pihak dalam membangunkan negara dan rakyat.
Selain itu, katanya, kos sara hidup generasi muda turut diutamakan oleh kerajaan kerana golongan itu perlu membina kehidupan selepas tamat belajar.
Mengulas mengenai kesan landskap baharu politik negara setelah dua hari Dewan Rakyat bersidang bagi penggal kedua, Mazlan berkata daripada sudut demokrasi, semangat untuk bersuara di dewan ini adalah baik bagi negara.
5. Rollercoaster paling tinggi, panjang dan terjunan terpantas di dunia akan dibuka tahun ini
Rollercoaster dengan terjunan yang paling tinggi, terpanjang dan terpantas di dunia akan dibuka untuk orang ramai tahun ini.
Yukon Striker akan mencapai kelajuan maksimum 80 minit/jam, mempunyai ketinggian 245 kaki dan menawarkan empat cabaran penyongsangan.
Di bahagian paling atas, para penumpang akan ditahan selama tiga saat sebelum penurunan 90 darjah dan kemudian mereka dibawa meluncur ke dalam terowong bawah laut di mana gelung 360 darjah yang menakutkan akan menanti mereka.
Walau bagaimanapun, harus diingat Yukon Striker bukan rollercoaster terpantas di dunia, sebaliknya menjadi rollercoaster dengan terjunan paling pantas.
Rollercoaster ini akan dibuka di taman tema Wonderland Kanada di Ontario pada tahun ini.
Pembinaannya bermula pada Januari 2018, manakala bahagian terakhir trek diletakkan pada bulan ini sebagai persiapan, bermula persiapan menjelang pelancarannya pada awal 2019