Maka, dalam ayat yang ke-17 ini Allah menyatakan engkau tidak akan dapatkan seorang penolong yang dapat memberi petunjuk kepadanya, apabila seseorang itu disesatkan.
Allah menceritakan kepada kita tuan-tuan, hidayah ini amat penting untuk kita membuat keputusan yang matang dalam hidup.
Apabila seseorang itu tidak berusaha menyelamatkan dirinya dengan iman, maka dia tidak mendapat hidayah.
Bila tidak mendapat hidayah, dia berada dalam kesesatan, dia tidak matang dalam hidupnya membuat keputusan.
Dia rasakan bahawa Allah tidak tolong. dia akan rasa negatif ketika dia hidup seharian, terutama dalam keadaan yang serba serbi hiruk-pikuk sekarang ini.
Jadi apa yang harus kita buat?
Selalulah kita mencari hidayah, formulanya kita selalu minta beriman kepada Allah, mohon pada Allah.