Pada ayat yang ke-24 Allah menyatakan,
Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila kau lupa dan katakanlah mudah-mudahan Tuhan akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat kebenaran daripada ini.
Ideanya apa tuan-tuan?
Kalau kita lupa sesuatu perkara, kita lupa untuk merancang, kita lupa berbuat kebaikan, terlupa itu, terlupa ini cepat-cepat ingat pada Allah. Jangan kita stress, jangan kita pening kepala, mulakan dahulu dengan Allah.
Mengapa?
Kerana Allah lah yang memberi ilham. Allah lah yang memberi rasyada, kematangan, petunjuk kepada kita. Atas alasan itu, kalau ada terlupa, jangan pening-pening kepala, jangan kita fikir sana, fikir sini, tapi mulakan dengan ingat pada Allah. Astaghfirullah, ataupun selawat ke atas Nabi, itu akan membantu, cepat-cepat ingat apa yang patut kita ingat.