Seorang wanita terselamat dari empangan runtuh di Brazil yang kini mencatat sebanyak 58 kematian dan lebih 300 dilaporkan hilang.
Sebuah video yang tersebar menunjukkan seorang wanita ditarik dari lumpur oleh pasukan penyelamat yang menaiki helikopter susulan empangan runtuh di Brazil.
Rakaman video itu menunjukkan wanita berkenaan berjaya diselamatkan pada petang Jumaat lalu di Brumandinho meskipun usaha mencari mangsa yang hidup semakin tipis.
Dalam kejadian Jumaat lalu, empangan yang dibina berhampiran bandar Belo Horizonte di Minas Gerais melimpahkan jutaan tan lumpur ke arah kawasan kemudahan, ladang dan kawasan berdekatan bandar Brumadinho.
Pasukan penyelamat memberitahu, angka kematian dijangka meningkat apabila lebih banyak mayat ditemui terperangkap dalam lumpur.