1. ‘Derma Saudi’ palsu, cubaan tutup skandal
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ahli Perniagaan dikehendaki, Jho Low didakwa cuba menutup skandal 1MDB daripada terdedah, antaranya dengan membuat dokumen palsu bagi menunjukkan kononnya Najib menerima wang dari penderma Arab.
Sedangkan ia didakwa berpunca daripada 1MDB.
Perkara ini dinyatakan dalam pernyataan pembukaan ketua pasukan pendakwaan Gopal Sri Ram dalam perbicaraan hari pertama kes melibatkan 1MDB di hadapan Hakim Mahkamah TInggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah.
Beliau berkata dokumen palsu dihasilkan untuk menggambarkan kononnya ada derma dari putera Arab. surat-surat dan empat cek yang setiap satu berjumlah AS$25 million kononnya ditulis oleh pihak yang dikatakan penderma Arab, namun cek-cek itu tiada niat untuk ditunaikan.
2. PAS akui Harakah berhutang, tapi bukan sengaja ‘lari’
PAS mengesahkan akhbar yang menjadi lidah rasmi parti itu, iaitu Harakah, menanggung hutang tertunggak dengan sebuah syarikat pencetak.
Namun Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata jika ada dakwaan mengatakan Harakah sengaja lari daripada syarikat pencetak berkenaan, ia tidak benar sama sekali.
Sebaliknya kata beliau PAS mempunyai sebab tersendiri untuk memilih syarikat lain untuk mencetak Harakah.
Beliau menjelaskan syarikat pencetakkan lama yang sudah muflis menjadi punca mereka beralih ke syarikat pencetakkan lain.
3. Shamsubahrin minta maaf isu hina Gojek, Indonesia
Pengasas Big Blue Taxi, Datuk Shamsubahrin Ismail memohon maaf kepada seluruh rakyat Indonesia susulan kenyataan dikeluarkan baru-baru ini yang dianggap menghina pemandu teksi motosikal (Gojek) dan negara tersebut.
Menurutnya, kenyataan beliau bukan atas tuduhan liar atau mahu menghina rakyat Indonesia.
Namun katanya konteks miskin dari kenyataannya itu difahami dengan cara yang salah.
Namun katanya konteks miskin dari kenyataannya itu difahami dengan cara yang salah.
4. Tak perlu salahkan UMNO-Pas
Kerajaan Pakatan Harapan, (PH) perlu mengambil langkah memperbetulkan keadaan berbanding menyalahkan pembangkang kononnya membangkitkan isu kaum dan agama di negara ini.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, apa yang disuarakan kaum Melayu adalah atas kepincangan pentadbiran kerajaan sedia ada.
Beliau berkata, isu yang berlaku ketika ini bukanlah rekaan UMNO dan Pas sebaliknya menegaskan, ia adalah perasaan yang lahir daripada kaum Melayu ketika ini.
5. ‘Saya fikir kalau esok mati macam mana’
Usahawan kosmetik, Mohd Safiuddin Ilias, 25 tahun, atau Safiey Ilias selamat menjalani pembedahan membuang implan silikon di bahagian dada di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kelmarin.
Difahamkan, ini kali kedua Safiey melakukan pembedahan sama selepas kali terakhir pada April tiga tahun lalu.
Safiey melalui Instagram (IG) dan Facebook rasminya mengesahkan melakukan pembedahan itu demi bapa dan ibunya.
Sejak akhir-akhir ini Safiey banyak berkongsi dirinya berpenampilan lelaki, mungkin itu sebagai tanda awal perubahan yang ingin dilakukan.