1. Ceramah Najib disambut dengan ‘kencing’
Ceramah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Rumah Kelab Sahabat N87 di Kampung Kanchong malam tadi, ‘meriah’ dengan jeritan ‘kencing’.
Beliau dalam ucapannya berkata, sejak menceburkan diri dalam politik pada tahun 1972, tidak pernah dalam mana-mana ceramah politik bermula dengan perkataan kencing.
“Katanya, tidak pernah dalam sejarah politik beliau selama 42 tahun, sebut saja ‘ken’, orang akan menyambut dengan perkataan kencing.
Melihat suasana politik hari ini, beliau berkata, jika hari esok diadakan pilihan raya, BN akan kembali berkuasa.
Selain itu Najib turut menyatakan rasa hairan kenapa perkataan bossku menjadi begitu popular
sehingga baju bossku lebih laris berbanding baju Barisan Nasional.
Untuk rekod, ini merupakan kali ketiga kunjungan Ahli Parlimen Pekan itu ke Rantau bagi membantu kempen BN selepas ke Sendayan dan Bandar Ekar, minggu lalu.
2. Pindaan Perlembagaan Persekutuan gagal dapat dua pertiga
Cadangan kerajaan untuk meminda perlembagaan bagi mengembalikan status Sabah dan Sawarak gagal diluluskan di peringkat dasar malam ini.
Usul itu hanya boleh diluluskan apabila mendapat sokongan dua per tiga daripada anggota Dewan Rakyat.
Mengikut keadaan semasa PH memerlukan sokongan 148 anggota parlimen bagi meluluskan pindaan tersebut.
Bagaimanapun ketika undian dijalankan hanya 138 anggota parlimen menyokong manakala 59 lagi berkecuali. Tiada mana-mana anggota parlimen membantah cadangan tersebut.
Selepas undian disahkan Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof berkata, rang undang-undang itu tidak boleh diteruskan pada peringkat kedua.
Sementara itu sumber berkata anggota parlimen yang bersikap berkecuali semasa undian dijalankan iala dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), BN dan PAS.
3. TMJ berhak kritik kerajaan: Tun M
Kerajaan Pakatan Harapan menganggap Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai rakyat Malaysia yang bebas mengkritik kerajaan.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau terbuka menrima kritikan selagi ia tidak melanggar undang-undang.
‘Beliau tidak mengatasi undang-undang, dan faktanya, tiada sesiapa di Malaysia yang mengatasi undang-undang.
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Tunku Ismail yang lantang mengkritik kerajaan Pakatan Harapan, katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.
4. Empat nama ganti Osman
Peletakan jawatan Datuk Osman Sapian menghangatkan spekulasi siapa bakal menggantikan beliau sebagai Menteri Besar Johor.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu, seperti mana diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di Parlimen, menyerahkan surat peletakan jawatan semalam kepada Perdana Menteri dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Pengunduran Osman yang menurut Dr. Mahathir tidak memberi sebarang alasan sememangnya sudah diduga apabila beliau tidak menghadiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura di Putrajaya, semalam.
Tempat beliau diganti oleh Dr. Sahruddin Jamal yang dikatakan antara calon yang disenaraikan untuk mengambil alih kepemimpinan negeri Johor jika Osman meletakkan jawatan.
Kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri itu sekali gus mengesahkan pertemuan antara Osman dengan Dr. Mahathir semalam bukan berkaitan Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura sebaliknya berhubung kedudukan ADUN Kempas itu dalam menerajui Johor.
5. Yakin Pogba masih di Old Trafford musim depan: Solskjaer
PAUL Pogba akan tetap bersama Manchester United musim depan, tegas Ole Gunnar Solskjaer.
Bos United itu enggan bercerita panjang mengenai spekulasi berkaitan Pogba menjelang perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara bertemu Barcelona awal pagi Khamis ini.
Solskjaer mahu melihat aksi Pogba sebagai salah seorang pemain tengah terbaik dunia beraksi dalam saingan suku akhir ini selepas digantung permainan ada pusingan 16 pasukan bertemu Paris Saint- Germain (PSG) sebelum ini.
“Katanya, beliau tidak boleh tidak melihat dia bermain untuk Man United musim depan,”
Solskjaer percaya kehadiran penyokong ketika aksi bertemu PSG sebelum ini telah memberi kepercayaan terhadap pasukannya.