Lebih 50% populasi dewasa lengkap divaksin
BERITA SEMASA 19 OGOS 2021 Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran ditetapkan bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) apabila 50.2 peratus atau 11,743,096 populasi dewasa negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam. Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa
Rombongan Ahli Parlimen ke Istana Negara
BERITA SEMASA 19 OGOS 2021 Istana Negara kembali menjadi tumpuan selepas Ahli -ahli Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), BN dan Perikatan Nasional dilaporkan hadir pertemuan dengan Yang Di Pertua Agong hari ini. Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa
Pejuang sedia sokong Anwar
Pejuang sedia sokong Anwar BERITA SEMASA 19 OGOS 2021 Parti Pejuang lebih cenderung menjadi ‘third force’ dan tidak berminat menyertai kerajaan yang bakal dibentuk dengan menyifatkan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan tidak menarik. Muzik: www.bensound.com #Beritasemasa #PerkasaSuaraMalaysia #Agong #IsmailSabriYaakob #114mps
Penyu pertama mendarat selepas 30 tahun
BERITA SEMASA 18 OGOS 2021 Kemunculan penyu daripada spesies agar yang mendarat untuk bertelur berhampiran hotel di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada Isnin lalu adalah yang pertama direkodkan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu sejak 30 tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim. Muzik: www.bensound.com
Ini sebab mengapa Ismail Sabri dipilih calon PM
BERITA SEMASA 18 OGOS 2021 UMNO tampil menjelaskan sebab di sebalik keputusan parti itu memilih Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri kesembilan berbanding Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau Datuk Seri Mohamad Hasan. Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa
Tanjak Jalur Gemilang mini ‘laku keras’!
BERITA SEMASA 18 OGOS 2021 Tanjak Jalur Gemilang mini yang dihasilkan Mohd Shahrolnizam Ab Rahman di Pontian, Johor itu bukan sahaja menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini tetapi hasil kerja tangannya itu laris menjelang 31 Ogos, lapor wartawan Sinar Harian Nor Azura Md Amin. Muzik: www.bensound.com #BeritaSemasa #Kemerdekaan #SinarHarian
Sesiapa sahaja asalkan bukan ‘kluster mahkamah’
BERITA SEMASA 18 OGOS 2021 Parti Pejuang akan menyokong sesiapa sahaja yang mempunyai majoriti untuk jawatan Perdana Menteri asalkan calon itu bukan daripada ‘kluster mahkamah’. Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa
Ismail Sabri PM ke-9?
BERITA SEMASA 18 OGOS 2021 UMNO dijangka mengulangi Langkah Perak apabila kembali mengetuai Putrajaya selepas Majlis Kerja Tertinggi UMNO semalam sebulat suara menyokong Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri kesembilan. Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa
Abdul Hadi tetap ‘setia’ dengan Muhyiddin
BERITA SEMASA 17 OGOS 2021 Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang komited untuk terus bersama dengan Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin di waktu senang dan susah bagi memperkukuhkan perpaduan dan memulihkan negara. Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa
‘Saya rasa seolah-olah ada konspirasi…’
BERITA SEMASA 17 OGOS 2021 Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan seolah-olah wujud konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin beliau. Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa