Tiada kertas siasatan mengenai tuduhan curi wang TH
BERITA SEMASA 27 SEPTEMBER 2021 Tiada kertas siasatan dibuat terhadap mana-mana pihak termasuk Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengenai tuduhan mencuri wang Tabung Haji. Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #beritasemasa
Terma, syarat RCI Tabung Haji akan diumum
BERITA SEMASA 27 SEPTEMBER 2021 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, terma dan syarat dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai Lembaga Tabung Haji akan diumumkan dalam masa terdekat. Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #beritasemasa
Beruang matahari masuk perangkap
Beruang matahari masuk perangkap BERITA SEMASA 26 SEPTEMBER 2021 Seekor beruang matahari jantan yang dikesan sering mencerobohi kediaman serta mengganggu tanaman serta ternakan penduduk kampung akhirnya memasuki perangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) di Kampung Rahmat, Chalok, Setiu, Terenggganu, lapor wartawan Sinar Harian, Rubiah Omar. Baca artikel penuh di: https://bit.ly/3ueCenD Muzik: www.bensound.com […]
Bantuan RM500 buat semua pemandu bas ekspres
BERITA SEMASA 24 SEPTEMBER 2021 Kerajaan bersetuju memberi bantuan kewangan secara ‘one off’ sebanyak RM500 kepada semua pemandu bas ekspres di seluruh negara. Muzik: www.bensound.com #BeritaSemasa #SinarHarian
MoU: Lima daripada 18 perkara akan dilaksanakan
BERITA SEMASA 24 SEPTEMBER 2021 Terdapat lima daripada 18 perkara dalam Memorandum Persefahaman Transformasi (MoU) dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan pembangkang akan dilaksanakan. Muzik: www.bensound.com #BeritaSemasa #SinarHarian
Kes Neelofa disebut semula 21 Oktober
BERITA SEMASA 24 OKTOBER 2021 Mahkamah Seremban menetapkan sebutan semula kes selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail pada 21 Oktober ini, lapor wartawan Sinar Harian, Sarinah Mat Kasim. Muzik: www.bensound.com
Maritim lupus 306 bot nelayan asing di Kelantan
BERITA SEMASA 24 SEPTEMBER 2021 Agensi Penguatkuasaan Maritim telah melupuskan sebanyak 306 buah bot milik nelayan asing bernilai RM459 juta yang menceroboh perairan Malaysia dengan menjadikannya sebagai tukun tiruan sejak tahun 2007 hingga Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin. Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #beritasemasa
Kecoh! Shahidan Kassim, Khalid Samad ‘bertekak’
Kecoh! Shahidan Kassim, Khalid Samad ‘bertekak’ BERITA SEMASA 23 SEPTEMBER 2021 Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengecam sikap yang diambil oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berhubung pelbagai isu dibangkitkan ketika Khalid pernah memegang jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan. #Parlimen #SinarHarian
Malaysia mahu buat vaksin Covid-19
BERITA SEMASA 23 SEPTEMBER 2021 Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata negara kini berhasrat mahu membangunkan vaksin Covid-19 tersendiri. #Parlimen #BeritaSemasa
Rayer minta menteri jawab isu Covid-19 bukan vaksin Kolera
BERITA SEMASA 23 SEPTEMBER 2021 Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mendesak Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba menjawab isu berkaitan vaksin Covid-19 bukan membangunkan vaksin Kolera. #Parlimen #BeritaSemasa