[LIVE] PN atau MN: Mana satu pendirian Pas?
Betul ke Pas dah jadi ‘lalang’? Sekejap nak kerjasama dengan PN, sekejap dengan MN. Pas masih tak berani kekal dengan prinsip walaupun ada akar umbi yang kuat. Ke manakah sebenarnya hala tuju mereka? Jangan lupa tonton wacana SEKARANG di semua platform media sosial kami.
[LIVE] Rasional pemilihan UMNO selepas PRU15
Pemilihan UMNO dijangka diadakan hujung tahun ini walaupun tarikh sebenar bergantung kepada PRU15. Namun wujud polemik apabila ada di kalangan pemimpin yang mahu pemilihan disegerakan dengan alasan kemelut dalaman parti itu perlu diselesaikan. Apakah rasional di sebalik penangguhan pemilihan, atau wajarkah ia disegerakan? Perbincangannya dalam Wacana Siri 245 SEKARANG di semua platform media sosial kami. […]
[LIVE] PN kekal stabil tanpa UMNO
Sebelum ini Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menyatakan parti UMNO tidak akan menjadi sebatang kara sekalipun tanpa Perikatan Nasional (PN). Namun beliau turut mempersoalkan sekiranya tanpa UMNO, adakah mana-mana pakatan baharu yang nak diwujudkan boleh berdiri seperti mana berdiri hari ini? Bagi merungkai lanjut adakah PN akan kekal stabil tanpa UMNO, saksikan terus di […]
[LIVE] Tangguh Undi 18: Hak Belia Diketepi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini memaklumkan Undi 18 ditangguhkan kepada September tahun depan kerana PKP telah mempengaruhi perancangan dan persiapan untuk menurunkan usia minimum pengundi. Pengumuman tersebut mengundang pelbagai reaksi, terutama daripada pemimpin muda yang mahu suruhanjaya itu menghormati keputusan Dewan Rakyat dan hak generasi baharu untuk memilih masa hadapan negara. Saksikan huraian lanjut […]
[SHORT] Pentingnya integriti, Allah akan persoal pemimpin negara!
WACANA SINAR 242, 25 MAC 2021 Berikut merupakan petikan Wacana Sinar Siri 242 bertajuk ‘Integriti Anak Muda Penyelamat UMNO’ bersama penulis buku Rasuah Politik, Prof Madya Dr Ishak Sulaiman. UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI: https://bit.ly/3sqdmYg Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #WacanaSinar #SinarUntukMalaysia
[LIVE] Integriti anak muda penyelamat UMNO
Pelbagai kontroversi rasuah politik kian melanda dek segelintir pemimpin dalam parti yang ibaratnya telah menconteng arang ke muka UMNO. Kini era kian berubah mentaliti rakyat semakin matang, adakah benar integriti pelapis pemimpin muda bakal membersihkan dan menyelamatkan UMNO dari terus tersungkur di arena politik negara? Saksikan rungkaian lanjut bersama panel jemputan hebat di Wacana Siri […]
[LIVE] Realiti Kerjasama PKR-UMNO
Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini menggambarkan kemungkinan berlaku kerjasama antara PKR dengan UMNO. Apakah idea ini bakal menjadi realiti? Adakah ia benar-benar berlandaskan kemahuan penyokong-penyokong parti tersebut atau sekadar strategi pemimpin atasan? Wacana Siri 241 bakal merungkai persoalan ini SEKARANG, 23 Mac 2021 di semua platform media sosial […]
[SHORT] Strategi kerajaan untuk kekal berkuasa
[SHORT] Strategi kerajaan untuk kekal berkuasa WACANA SINAR 239, 16 MAC 2021 Berikut merupakan petikan Wacana Sinar Siri 239 bertajuk ‘Dakwaan Sogok Ahli Parlimen: Strategi Atau Terdesak?’ bersama Ketua Penerangan Pkr, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin. UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI: https://bit.ly/3bTjrqg Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #WacanaSinar #SinarUntukMalaysia
[LIVE] Dakwaan sogok ahli Parlimen: Strategi atau terdesak?
Kebelakangan ini dilihat semakin ramai ahli politik yang bertukar parti. Adakah kerana disebabkan mereka punya prinsip berbeza, atau ada sesuatu di sebalik ‘penghijrahan’ tersebut? Mungkinkah ia juga petanda PRU15 semakin menghampiri? Diwacanakan SEKARANG di semua platform media sosial kami.
[LIVE] Bersama Mr Rasuah Buster
Sebut rasuah, kita sering salahkan pihak berkuasa, tetapi lupa kesedaran jenayah itu patut bermula dari rumah lagi. Oleh itu, Datuk Hussamuddin Yaacub mewujudkan inisiatif gerakan berteraskan #NilaiMoralKarakterBangsa yang semakin hilang dalam sebilangan masyarakat. Ikuti pandangan penggerak Rasuah Busters SEKARANG di semua platform media sosial Sinar Harian. #SinarHarian #SinarUntukMalaysia #RasuahBusters #NilaiMoralKarakterBangsa