Suami isteri jual nasi ayam RM1.90
BERITA SEMASA 4 OKTOBER 2021 Sepasang suami isteri di Kampung Kubang Palas, Banggu, Kota Bharu menawarkan menu nasi ayam berharga RM1.90 bagi membantu golongan yang terkesan dengan serangan pandemik Covid-19, lapor wartawan Sinar Harian Kelantan, Hazelen Liana Kamarudin. Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #beritasemasa
Sabah, Sarawak jauh ketinggalan
BERITA SEMASA 4 OKTOBER 2021 Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempersoalkan di mana silapnya apabila Sabah dan Sarawak masih jauh ketinggalan berbanding negeri lain di Semenanjung Malaysia. Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #beritasemasa #Parlimen
Tindakan tegas pegawai kerajaan lengahkan bantuan
BERITA SEMASA 4 OKTOBER 2021 Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas kepada pegawai yang melengahkan bantuan dalam membantu usahawan terjejas Covid-19. Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #beritasemasa #Parlimen
Belajar bersemuka jadi pilihan pelajar SEMESDI
BERITA SEMASA 4 OKTOBER 2021 Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Sains Dungun (SEMESDI) Terengganu teruja dapat kembali belajar secara bersemuka dengan guru setelah sekian lama terpaksa menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim. Muzik: www.bensound.com #BeritaSemasa #SinarHarian
Sijil digital khas buat individu tak boleh divaksin
BERITA SEMASA 4 OKTEOBER 2021 Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, individu yang tidak boleh menerima vaksin ekoran masalah kesihatan perlu memohon sijil digital khas di Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan. Muzik: www.bensound.com #SinarHarian #beritasemasa #Parlimen
Syafiqah galas misi emas negara di kejohanan Muay Thai antarabangsa
BERITA SEMASA 3 OKTOBER 2021 Atlet Muay Thai Johor, Nurul Syafiqah Amirah Rosli, 18 berazam mahu membawa pulang pingat emas dalam Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia di Phuket, Thailand pada Disember depan, lapor wartawan Sinar Harian Nor Azura Md Amin. Muzik: www.bensound.com #BeritaSemasa #SinarHarian
Pusat perniagaan Nilai 3 suram
Pusat perniagaan Nilai 3 suram BERITA SEMASA 3 OKTOBER 2021 Meski pun Negeri Sembilan sudah memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), tetapi kehadiran orang ramai ke Pusat Perniagaan Nilai 3 masih lagi berkurang, tinjauan Sinar Harian ke Nilai 3 mendapati suasana di syurga membeli-belah itu tidak semeriah dahulu, lapor Wartawan Sinar Harian, Sarinah Mat […]
Dolphin muncul di perairan Pulau Tenggol
Dolphin muncul di perairan Pulau Tenggol BERITA SEMASA 3 OKTOBER 2021 Sekumpulan wartawan dari Terengganu teruja apabila berpeluang menyaksikan sekumpulan ikan lumba-lumba berenang berhampiran bot yang dinaiki ketika dalam perjalanan dari jeti di Dungun ke Pulau Tenggol, Terengganu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim. Muzik: www.bensound.com #BeritaSemasa #SinarHarian
Bantah stesen pemindahan sisa pepejal di Pontian
BERITA SEMASA 2 OKTOBER 2021 Seramai 50 penduduk mengadakan protes aman membantah cadangan pembinaan stesen pemindahan sisa pepejal seluas kira-kira tiga hektar di Kampung Air Putih Pekan Nanas, Pontian, Johor, lapor wartawan Nor Azura Md Amin. Muzik: www.bensound.com #BeritaSemasa #SinarHarian
Projek hidroponik jana pendapatan
BERITA SEMASA 2 OKTOBER 2021 Bagi memperkasakan kaum wanita, kerajaan negeri melalui projek PH Gem (Power House Wanita Gemilang) melaksanakan projek tanaman hidroponik secara berkelompok di Pangsapuri di Senawang, Negeri Sembilan, lapor wartawan Sinar Harian Seremban, Sarinah Mat Kasim. Muzik: www.bensound.com #BeritaSemasa #SinarHarian