Belum kaji nak turunkan 25 peratus harga tol
Kerajaan masih belum memutuskan sebarang mekanisme bagi mengurangkan kadar tol, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Saya bukan golongan berada, pinjam buku Inggeris dari rakan Cina: Maszlee
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berharap lebih banyak organisasi berkaitan zakat dan syarikat korporat dapat memberikan sumbangan zakat dalam bentuk buku kepada golongan asnaf.
Tiada duit raya untuk peneroka tahun ini
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan buat masa ini tidak berhasrat untuk memberikan duit raya kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara berikutan kedudukan semasa kewangan negara yang kurang memberangsangkan, tetapi sedang memberi keutamaan agar pemberian insentif Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil dapat disalurkan kepada para peneroka, sebelum Aidilfitri ini.
Tulis pada saya jika ada dakwaan salah laku hakim: Ketua Hakim Negara
Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menggesa pihak yang mempunyai maklumat mengenai dakwaan salah laku hakim untuk menulis kepadanya atau membuat lapiran dengan pihak berkuasa relevan.
PTPTN serah kerajaan putus ada sekatan atau tidak
Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata keputusan untuk melaksanakan senarai hitam Imigresen kepada peminjam liat bayar PTPTN akan diputuskan pihak kementerian.
Yapiem kenal pasti mungkin wujud salah laku
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yapeim yang baru Dr Mohd Daud Bakar mengakui kemungkinan wujud salah laku dan kecuaian terhadap pihak pengurusan yayasan itu sejak beberapa tahun yang lalu.
Sekatan SPR ni luar biasa
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa tidak puas hati terhadap peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak membenarkan anggota kabinet menjalankan aktiviti kempen ketika waktu bekerja pada pilihan raya.
‘Undi lah, bagi saya jatuh’
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohmad berkata hanya rakyat boleh memutuskan untuk menukar perdana menteri.
‘Dia boleh kritik, asal tidak melangkah undang-undang’
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai rakyat biasa yang bebas mengkritik kerajaan asalkan tidak berunsur hasutan.
Kenapa dulu Pemuda UMNO tak cadang RCI?
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali mempersoalkan mengapa Pemuda Umno tidak mencadangkan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat Tabung Haji (TH) ketika Umno dan BN berkuasa.