1. Mark Zuckerberg
Kereta & pakaian
Pada 2014, pengasas facebook ini telah trade in kereta acura dengan nilai 30,000 usd untuk membeli sebuah kereta volkswagen manual hatchback bernilai 30, 415 usd.
Jutawan ini juga dikenali dengan gaya hidup kasualnya.
beliau sering kali dilihat hanya menggayakan t-shirt, jeans dan jaket hoodie.
2. Bill Gates
Gaya Potongan Rambut dan Perhiasan.
Pengasas microsoft ini memberitahu beliau mempunyai seutas jam sport berharga 10 usd. Beliau juga pernah dikenali dengan potongan rambut 7 usd.
3. Warren Buffett
Rumah & Makanan
Buffett tinggal di rumah yang sama sejak tahun 1958.
pada tahun yang sama beliau membeli sebuah rumah di omaha bernilai 31,500 usd.
Beliau juga akan menikmati mc donald’s sebagai sarapan setiap hari.
Salah seorang pelabur pernah berkata, buffett tidak pernah membelanjakan lebih daripada 3.17 usd setiap hari.
4. Oprah Winfrey
Spanx (jenama korset) & Bulu Mata Palsu
Ketika rancangan tv rangkaian Oprah Winfrey, Oprah mengakui masih menyimpan stokin nipis nilon yang koyak untuk menggunakannya semula sebagai korset diy.
Beliau juga gemar menggunakan semula bulu mata palsu yang telah dipakainya. Bulu mata palsu tersebut hanya berharga 3.99 usd.
5. Michael Bloomberg
Kasut
Jutawan ini memberitahu, beliau hanya mempunyai dua pasang kasut jenis loafers dalam masa lebih 10 tahun.