Now Playing Walinong Sari julang martabat songkok Melayu

PARIT BUNTAR - Tatkala membicarakan soal songkok, pastinya item itu dicop sebagai salah satu identiti pakaian rasmi masyarakat Melayu yang dipopularkan sejak zaman dahulu. Di sebalik kemegahan masyarakat Melayu dengan songkok yang menjadi salah satu aksesori penting dalam pakaian rasmi kebangsaan, pastinya ramai tidak tahu industri pengeluaran songkok kini menghadapi ketandusan pengeluar dalam kalangan anak tempatan. Lebih malang, lebih 90 peratus songkok dijual di seluruh negara pada ketika ini adalah dihasilkan oleh tenaga asing atau diimport dari negara jiran, Indonesia. Namun bagi usahawan pakaian dan tekstil tempatan, Datuk Shuhaini Shafie,53, beliau bertekad untuk menjulang kembali martabat industri songkok Malaysia yang suatu ketika dahulu amat diminati negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Thailand. Laporan Mojo Sinar Harian Edisi Perak, KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN

Komen
Berita Terkini