Now Playing Teruja menang peraduan Sinar Harian kali kedua
Hanya dua kali percubaan menghantar borang peraduan Hari-Hari Duit Raya, cukup untuk membuahkan hasil lumayan apabila pemenang, Nor Azlina Ab Radzak dipilih memenangi RM500.
 
Lebih membanggakan, kemenangan pada peraduan itu merupakan kali kedua dikecapi Nor Azlina setelah berjaya memenangi satu lagi peraduan teka bola dua tahun lalu.
 
Nor Azlina,32, dari Batu 13, Jalan Pantai di sini ketika ditemui Sinar Harian semalam berkata, dia sangat teruja dengan kemenangan tersebut kerana bukan mudah untuk mendapatkan hadiah wang tunai seperti itu.
 
Menurutnya, dengan hanya dua borang peraduan dihantar sebelum ini, saya memang yakin boleh menang RM500, lebih-lebih lagi pada saat penyertaan di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
 
Ikuti laporan MOJO Sinar Harian Perak, KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
Komen
Berita Terkini