Now Playing Sempat tanda tanya nak mati

KOTA TINGGI - Dua maut dalam nahas membabitkan sebuah kenderaan mewah dan motosikal berkuasa tinggi di KM65 jalan Kota Tinggi-Sungai Rengit dekat Felda Pasak jam 11.23, pagi tadi.

Kejadian itu menyebabkan mangsa Sariff Abdul Karim, 74 pemandu Mercedes Benz maut di lokasi kejadian.

Turut maut penunggang motosikal Kawasaki Muhamad Farid Mat Sambilan, 32.

Isteri Allahyarham Sariff, Ruzila Md Sariff, 54 berkata, dia tidak menyangka kata-kata suaminya yang bertanya tentang tanda kematian petang semalam kepadanya menjadi kenyataan.

Lapor MOJO Sinar Harian Kota Tinggi/Mersing: Masturah Suradi

Komen
Berita Terkini