Now Playing ‘Saya tak serik tolong Palestin’

Pengalaman ditahan lebih 36 jam oleh tentera Israel tidak sesekali membuatkan semangat wakil tunggal sukarelawan Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh gentar dan takut untuk meneruskan misi kemanusian bagi membantu rakyat Palestin.

Malah, menurut Mohd Afandi yang juga Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), jika diberi peluang sekali lagi dia tidak teragak-agak untuk turut serta.

Katanya lagi, meskipun berdepan dengan pengalaman ditahan tentera Israel ia tidak sesekali menyekat beliau untuk meneruskan kerja-kerja sebagai aktivis kemanusiaan.

Jelasnya, cabaran yang dilaluinya pada 29 Julai lalu merupakan salah satu medan ujian dan masih banyak lagi medan-medan untuk dilalui.

SOT: MOHD AFANDI

Lapor MOJO Kuala Nerus, NURUL HUDA HUSAIN

Komen
Berita Terkini