Now Playing Sambut baik usaha perkasa fungsi penghulu,penggawa

MENTERI Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu menyambut baik cadangan Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia (KPPSM) Cawangan Negeri untuk meningkatkan fungsi penghulu serta penggawa agar lebih komprehensif dan relevan selaku penghubung antara rakyat dan kerajaan negeri.

Selain itu, Ahmad Faizal berkata, pihaknya akan mengkaji semula semua permohonan dibuat terutamanya melibatkan cadangan menaikkan elaun keraian penghulu selain elaun bayaran bil telefon masing-masing dalam usaha menambaik kebajikan ahli KPPSM.

Ahmad Faizal berkata demikian setelah menyempurnakan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan KPPSM Negeri Perak Ke-43 di Dewan Serbaguna, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, baru-baru ini.

Laporan Mojo Sinar Harian Edisi Perak, SHAHRIZAL AHMAD ZAINI.

Komen
Berita Terkini